my 'jiwa kental' friend?

Assalamualaikum,

pergh..lama giler tak update...huu..sbb takde story dan ilham yang best sebelum ni + bzy kerja (alasan basi)...but3....skrg ni dah ada...ok!kisahnya bermula...

Aku ada seorang kenalan, paling senang bahasa, kawan. Sejujurnya, aku taklah kenal sangat dengan dia, masa aku menengah rendah, aku dan kawan ni satu sekolah. Aku tak ingat sangat bila aku perasan tentang wujudnya dia, cuma bila rewind past time, memory yang tinggal adalah masa kitorang form 3. Aku seorang pengawas sekolah dan dia seorang pengawas pusat sumber kalau tak salah?. Kitorang tak rapat pun, bercakap mungkin jarang sekali, last aku cakap dengan dia time kat sekolah pun aku tak boleh nak ingat balik bila, rasanya takde kot.

Ok, pendekkan cerita...kitorang jadi friend kat fb selepas beberapa tahun yang panjang kemudiannya. Masa tu aku dah kje mungkin dah hampir 3tahun dan kawan tu masih belajar, degree. Jadikan cerita, bila dah kawan di fb, status dia selalulah jugak naik dalam news feed fb aku, secara tak langsungnya aku tertarik dengan setiap status yang dia tulis. Aku rasa dia lain daripada yang dulu. Eh, tak, dia sama je sebenarnya mungkin? Yela, dulu tak kenal sangat, mana nak tau dia macam mana. Cuma yang aku tau dia ni style cakap laju dan bersemangat orangnya. 

Ok, tak lama kemudian. Kitorang mula bertegur sapa disebabkan blog/penulisan dia yang osem tu (atleast for me) dan blog/penulisan aku yang hampeh ni. Lepas berbalas beberapa komen, aku mula tertarik nak berbual dengan dia. Aku nampak something yang lain daripada apa yang aku nampak pada dia dulu. Seriously, aku tertarik pada penulisan dia at first. Boleh kata semua penulisan dalam blog dia aku dah baca. Disebabkan oleh itu, sometimes aku pm dia untuk tanyakan pendapat atau share masalah aku. Then, lepas berbalas msg di fb bertukar berbalas msg di handphne. 

Pendekkan cerita lagi, one day dia ada ajak aku pergi ke satu seminar. Aku teringin nak face to face dengan dia sebenarnya jadi aku setuju. Seminar bulan Feb 2015, dia ajak aku bulan Dec 2014. Aku tanpa berkira, nak tak nak memang aku simpan tarikh tu untuk join dia. 
Then, pada hari berkenaan. Kitorang jumpa. Wey, kitorang memang tak rapat langsung kot dulu. Memang tak heran nak awkward selepas 9 tahun baru jumpa balikkan? Tapi entah, aku rasa tak kekok langsung malah rasa familiar je. Ni aku yang rasa la tapi tak taulah side dia kan. Maybe sebab style dia yang humble/happy go-lucky/easy going/sempoi/semangat type of person kot, jadi aku pun secara tak langsung go with the flow. 

Lagi, sepanjang sehari kitorang habiskan waktu bersama untuk seminar tu, banyak yang kitorang share, sampailah pada satu cerita yang buat aku rasa WHAT??? actually, banyak cerita dia aku rasa macam tu...ok, relax...aku memang dengar je semua cerita dia, yang sebelum ni aku tak pernah tahu pun. Yelah, mana nak tahu kalau sekolah dulu berbual mesra pun tak pernah. Ok, satu persoalan yang memang sentiasa timbul dalam kotak fikiran yang aku memang tak tertanya kat dia sehinggalah aku tulis entry ni. Kenapa dia boleh nak ceritakan semua cerita tu kat aku? 1st time jumpa selepas 9tahun yang sebelum 9tahun tu pun tak pernah rapat?Curious. Ok, yang tu takpe. Apa cerita dia? owh, sorry...kalau aku cerita kat sini memang taklah kan. Privacy. Apa yang penting. Adore her. Sebab?Sebab semangat dia. Inspiring. Dia buat aku nk kenal rapat lg dgn dia. Aku akui aku bnyk kawan tp yg aku nk masukkan dlm kategori 'extraordinary' box aku setakat ni hanya dia seorang. 

Actually takde apa yang aku nak sampaikan sangat pun, cumanya aku tergerak nak cerita tentang dia. Selain tu, just nak share tentang aku jumpa sahabat baru di mana daripada rasa nak kenal dia dengan lebih dekat melalui penulisannya dan lepas tu berubah perasaan sayang sebagai seorang kawan setelah tahu tentang cerita dan diri dia. Ya, semua ni Allah yang aturkan. Semuanya juga jika kita berkehendak. Disebabkan aku rasa dia baik, dan mungkin dia boleh bawa aku kearah yang lebih baik, jadi aku dekati dia. Sejujurnya, masa aku cuba dekati dia, masa tu jugaklah aku tengah mencari jalan dan semangat untuk berubah. 

Bagi aku, ada seorang kawan yang baik yang buat kita boleh ingat Allah atau kebaikan itu tak merugikan malah membuka satu jalan dalam kehidupan untuk kita jadikan hari kita lebih cemerlang dari semalam. Ya, dia salah seorang kawan yang memang membawa aku untuk ingat tentang kebaikan dan sekaligus membuatkan aku ingat pada Pencipta diri. Semoga Allah redha.


Satu langkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. Ianya dengan berbagai macam cara dan jalan. Mungkin, aturan cerita kami ni merupakan salah satu cara dan jalan Allah mendekatiku. Amin.



“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .
Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.
Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” 
(HR. Bukhari & Muslim)



Terima kasih untuk dia:


nasib yang sama, 
keadaan yang berbeza,
hanya dari sebuah cerita,
buat kita kenal siapa kita.


Usah gusar dengan ketawa mereka,
kerana kau seorang wanita yang hebat,
bukan memuji atau kau ku kagumi,
bersemangatlah!kerana Allah bagi kau banyak nikmat.




'dia tau siapa dia'
semoga Allah melindungimu dan memakbulkan setiap bait doamu.
Luv u because of Allah.

lots of luv, 
Your 'Everything talk' Friend? (Hey girl! Yep. U. So, lepas ni klu nk cerita apa2 shj, insyaAllah telinga & hatiku sedia terbuka...ececeh!serious,anytime selagi hayat dikandung badan)
*wink*










Tiada ulasan:

Catat Ulasan