sana & sini itu berbeza.

dalam dunia ni,nasib setiap orang itu berbeza
akan ada yang susah, yang senang juga ada
selalu bila kau rasa ‘aku’ susah dan nampak yang senang itu ‘dia’
kau rasa tidak adilnya dunia,
Itu hukum kau bila ‘buruk’ yang kata
jadi lebih baik kau diam sekejap.
bila kau diam sekejap
luahkan pulak hukum bila ‘fikiran’ yang kata
kadang-kadang kau akan nampak ‘aku’ dalam diri ‘mereka’,
dalam yang berbeza, akan nampak ada yang sama
pandang-pandang, rasa-rasa.
bila kau dah buka mata
hati juga buka,
cari makna dunia
kau akan jumpa maknanya ‘sekejap cuma’.
Bila kau dah jumpa
Nasib itu alasan hidup untuk di ‘sana’,
‘Sana’ itu akhirat,itu sebenar hidup kita.
kenal sini, kenal sana
apa yang kau dapat, yang Adil itu hanya DIA.