Bila kau letih...



Beberapa hari yang lepas, banyak perkara yang membuatkan aku letih...
sangat letih! Mental dan fizikal.
Letih sehingga aku rasa serabut fikiran...sentiasa tak fokus dengan kerja, gelisah dan tak senang hati. 
Letih sehingga tubuh badan rasa sakit dan lenguh-lenguh.
Itu cerita semalam yang dah jadi sejarah...

   Hari ni, aku lega...alhamdulillah, bila semuanya dah selesai.Aku tarik nafas panjang, aku lepaskan perlahan. Aku cuba rewind balik perkara yang dah terjadi dalam 'hari-hari yang letih' tu. Nak cerita, dari awal, apa yang berlaku semua tak sama dengan apa yang aku rancang, aku rancang lain...lain jadinya. Dalam pada tu, satu persatu kepayahan, kesulitan dan kesempitan yang aku terima dan rasa.

   Dan, disebabkan aku ni seorang yang tak berapa nak sabar...lumrah untuk keluar soalan macam...
"Kenapa semua ni mesti nak berlaku dalam masa yang sama??"..nada macam nak marah tapi tak boleh nak marah. Ya, lebih tepat...mengeluh lah.

   Tapi, bila semuanya dah berlaku dan aku dah lalui...aku rasa, takdelah berat sangat. Ya, tak seberat rasa macam waktu soalan tadi tu dilontarkan dari benak fikiran... a'ah,memanglah kan? sebab benda dah selesai, kau dah lalui semuanya...memanglah dah jadi senang. Tapi itulaaa, aku teringat pulak dengan keluhan aku yang berbentuk soalan tadi...aku mula rasa macam...bersalah, bukan macam tapi memang salah! ya Allah...kalaulah aku sabar sikit dengan keadaan yang sedang berlaku...keluhan tu takkan keluar...

   Pernah ke..? terfikir atau dengar..? 'sebab kita manusia yang ada perasaan...biasalah mengeluh sikit kalau susah, so..what is the big deal about that?'...
   woOAhh...besar beb! Kalau tak, takkan adanya istilah sabar dalam kehidupan. Lagi satu, apa yang paling besar...mungkin tanpa kau sedar keluhan kau itu ibarat kau bersangka buruk pada Allah, kau menyalahkan takdir Allah.
   bila kau dah sedar, kau cakap...'aku takde niat macam tu' atau 'bukan tu yang aku maksudkan'... tapi (diulangi) tanpa kau sedar..memang itu yang kau dah buat...satu kesalahan yang besar, bukan? that why kau kena sabar dan cegah diri daripada mengeluh.

   SEBAB!sebab semua masalah yang terjadi atas dunia ni untuk si fulan itu, takkan melebihi kemampuan si fulan itu. Ini bukan orang yang cakap, tapi dah tercatat dalam al-Quran,
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (Al- Baqarah : 286)


Tambah lagi, semua masalah tu walaupun mulanya susah akan berakhir dengan senang,
"bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Al-Insyirah : 6)

Lagi tambah lagi, ini bukan janji manusia tetapi janji Allah SWT, kita akan ditolong kalau kita susah cuma apa yang kita perlu buat adalah sabar.
"...'bilakah (datangnya) pertolongan Allah?' ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" (Al- Baqarah : 214)


"Jadi...
...bila kau letih..."
"One word. Sabar."




"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. 
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
 Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
 (Al- Baqarah : 286)




Dedikasi untuk diri sendiri dan semua orang yang sedang 'penat, letih, lelah dan seangkatannya'.
Trial is love, love from Allah.
Sabar is love, love for Allah. 
_is me_







Tiada ulasan:

Catat Ulasan