coffee + garam.

tak pernah cuba bancuh coffee + garam.
kalau nak tahu, cubalah.

confused.
loser.
down.
ini yang aku rasa semalam.

semalam, lepas balik kerja. aku tak rasa nak balik rumah, jadi aku decide nak singgah kat taman tasik titiwangsa.
sehari tak makan memang lapar, sampai je titi aku terus singgah kedai. beli air tembikai sejuk.tembikai merah siap potong.air mineral.
aku cari bangku kosong, cari tempat yang aku rasa paling menenangkan.bangku yang paling dekat dengan tasik.aku rasa dah terbaik.
mula-mula aku rasa kekok duduk sorang-sorang.lonely habis rasa.
sampaikan...
suara gagak hitam menarik perhatian.
"hey kawan, kau tengok gadis tu...dia duduk sorang-sorang.tak de temanlah tu".
"mesti dia tengah layan perasaan kan?.jiwang."
"agaknya tengah frust kot".
"clash ngn bf?bff?kot".
"fail exam kot".
"cari ilham kot".
sudah.ini namanya monolog prasangka.
pandangan manusia yang diintrepretasikan pada sahabat alam.
kalau kau ambil kisah dengan itu semua.
kau takkan rasa perasaan&pengalaman duduk sorang2 di tepi tasik di tengah bandar,
rasa tenang tapi masih boleh dengar hon kereta motor di tengah jalan bandar.
dengar bunyi kapal terbang yang sangat jauh melintas atas kepala.
dengar gagak-gagak hitam bersuara.
dengar bunyi dan lihat air pancut dari tengah tasik.
lihat cahaya matahari terik,
disebalik daun-daun yang masih melekat ditangkai dahan yang melambai-lambai.
cahaya yang masih tak tertahan di tenung mata.
lihat anak kecil yang baru pandai berlari.
dikejar si ibu, si ayah tersenyum sendiri.

semua ni takkan aku lihat dan saksikan kalau aku takut bersendiri.
berseorang lain dari berdua.
kata-kata kau hanya ungkap dalam hati.
kau tak berteman.
tapi kau 'nampak' adanya Tuhan.



tidak saja-saja Allah letakkan aku dikalangan ini,

tidak saja-saja Allah berikan aku keadaan ini,


dimana adanya aku,
disitu aku disuruh belajar,
dengan melihat dan mendengar,
Berfikirlah!

dimana adanya aku,
disitu aku disuruh mengajar,
dengan bertindak dan berkata,
Berfikirlah!

tidak saja-saja Allah letakkan aku dikalangan ini,
tidak saja-saja Allah berikan aku keadaan ini,

dimana adanya aku,
disitu aku diberi rezeki,
Bersyukurlah!

dimana adanya aku,
disitu aku bakal diuji,
Bersabarlah!

tidak saja-saja Allah letakkan aku dikalangan ini,
tidak saja-saja Allah berikan aku keadaan ini,

dimana adanya aku,
disitu aku mungkin disayangi dan dipuji,
Sedar dan tunduklah!
Berserah pada Allah...

dimana adanya aku,
disitu aku mungkin dibenci dan dikeji,
Sedar dan bangunlah!
Berserah pada Allah...

kekuatanku,
kelemahanku,
tidak aku mampu melainkan dengan ADA nya Tuhan,

keberadaanku,
hanya kerana ADA nya Rahmat Tuhan,

ketiadaanku,
hanya berserah dan kembali kepada Tuhan,

Aku adalah milik Allah,
Aku adalah ummat Rasulullah Saw,
Aku adalah seorang khalifah.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan