saya minta maaf, abang parking

Satu hari, aku dan abang nak ke MPH di jusco.
Aku decide untuk parking kereta di luar jusco.
Sebelum keluar kereta, abang ingatkan aku untuk hulur tips pada si penjaga parking.
Ya, aku dah perasan. Seorang lelaki kurus yang sedikit nampak kusut yang menjadi instructor parking tadi.
Aku serahkan duit pada abang untuk serahkan pada lelaki tu.
Selepas aku keluar dari kereta, dia masih ditempatnya...di hadapan kereta aku.
Abang serahkan tips itu padanya dengan senyum mesra.
Dia terima dengan kata-kata yang panjang lebar…diselit doa untuk abang aku, mereka berbalas soal jawab yang ringkas sambil aku hanya diam menjadi pemerhati.
Seminit dua, kami beriring pergi…sempat lelaki itu menjerit mendoakan abang aku,
"All the best!!!" katanya.
Sejujurnya, melihat penampilan lelaki itu dan cara dia berkata-kata…aku sedikit takut..aku cepat jalan menuju kehadapan dengan menarik lengan abang, isyarat cepat berjalan.
Abang perasan mungkin dengan tindak-tanduk aku…dia terus memandang aku dengan berkata… 

”kalau nampak orang macam tu, boleh tak pandang dia dengan pandangan yang dia lebih mulia daripada kita…”.

DusSh!!seperti ada hangin halilintar menampar pipi aku.
Eh, cik adik manis…kenapa nak terasa?
Laa, aku perempuan…normal kot aku rasa takut. Aku bagi alasan yang aku rasa tak berapa kena dengan gelagat sendiri.
Ya, aku boleh kata abang buruk sangka dengan aku. Sebab dia tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati aku kan? Aku boleh tipu abang, tapi bukan diri sendiri.
Aah, Aku nak takut sebab apa? Huh! Sebab penampilan dia kan?
Ya, betul…sebab aku tengok luaran dan aku terus judge dia.
Kalau takut, mestilah aku berfikir yang negative kan?
Aah.. dan benda yang terlintas dalam kepala aku masa tu.. soalan macam…
“adakah dia seorang makpet?” (x,aku xtanya dalam gaya bahasa formal)…
See, ni namanya pandang serong atau buruk sangka atau suudzzon atau pandang sebelah mata.
Tapi, kotlah muka orang tu hensem/macho macam hirithik roshan (x kenal?tanya mr.google),
maybe aku tak lari tapi pandang dua kali. ye dok?
Dan maybe soalan aku pun berubah bunyi eksited jadi macam…
“Pergh…apa mamat handsome macam pelakon bolywood ni buat kat sini?jaga parking?macam xsesuai je.” Kan?kan?kan?...dan mungkin aku terus berlagak ayu or kontrol macho kat situ dengan bagi dia tips parking tanpa menggunakan abang aku sebagai perantara kan? (over!erghh..tidak, aku bukan wanita sebegitu).

Oh ya! Memang…memang kebiasaannya kita mudah menilik karakter orang sekeliling dari luar fizikalnya. Benda tu macam automatik je..Aku tak tau pada yang lain, tapi memang ni yang sentiasa terjadi pada aku sendiri.

Moral of the story
Abang buat aku tersedar bahawa aku sering bias menilai fizikal/luaran orang lain yang kalau kononnya ‘aku nampak’ diorang tu kurang dari aku. Sedangkan hakikatnya hanya Allah yang tahu, aku bukanlah siapa2 untuk menilai siapa2…aku sama sahaja manusia seperti mereka.
Semenjak hari tu, setiap kali aku melihat sesiapa sahaja, baik cantik atau buruk rupa luarannya, yang terlintas di fikiran…

“kau bukan sesiapa untuk menilai, boleh jadi dia lebih mulia daripada kau dipandangan mata Allah”.

Dengan kata lain, aku tak dapat/tidak lagi judge orang dengan mudah seperti sebelum ni sebab perkataan MULIA itu membuatkan aku tertunduk. Sungguh!jauh perkataan mulia tu buat aku.

So, siapa aku untuk menilai yang buruk pada diri orang lain, sedangkan aku yakin aku belum nampak cantik dipandangan mata Tuhan.

Aku tidak tahu kalau ada orang lain yang pernah ada pengalaman yang sama macam pengalaman aku kat atas ni atau seadik-beradik dengannya...kalau tak ada...ini cerita aku, kalau ada...ini cerita kita.
Bagi aku. takpe lambat dapat, asalkan cepat sedar...jangan dah sedar tapi kau tepis-tepikan apa yang kau dah dapat.

Oh ya, 27th August...hari lahir anak sulong ibu bapa aku.
hari ni,
27.08.2014
Selamat hari menuju tua abang!
Terima kasih untuk 'hadiah' seumur hidup kat atas ni.
Semoga panjang umur, murah rezeki,
Berjaya, bahagia & sejahtera dunia akhirat. 
Juga, semoga lepas untuk interview hari ni, dapat kerja dan take turns belanja aku makan.
Ameen.

Lots of Love,
is me 

islam akan menang

aku di medan ini,
berperang sendiri.

kau juga,
ada alasan yang sama.

mereka juga,
sedang berlawan di sana.

setiap kita di sini,
ada cara dan cerita tersendiri.

tapi jangan lupa.
hujung cerita kita sama.

mati.
itu yang pasti.

hanya tempat yang berbeza.
syurga atau neraka.

nak sama?
selarikan matlamat kita.

buat demi agama.
kau tahu Allah yang menilai segalanya.



coffee + garam.

tak pernah cuba bancuh coffee + garam.
kalau nak tahu, cubalah.

confused.
loser.
down.
ini yang aku rasa semalam.

semalam, lepas balik kerja. aku tak rasa nak balik rumah, jadi aku decide nak singgah kat taman tasik titiwangsa.
sehari tak makan memang lapar, sampai je titi aku terus singgah kedai. beli air tembikai sejuk.tembikai merah siap potong.air mineral.
aku cari bangku kosong, cari tempat yang aku rasa paling menenangkan.bangku yang paling dekat dengan tasik.aku rasa dah terbaik.
mula-mula aku rasa kekok duduk sorang-sorang.lonely habis rasa.
sampaikan...
suara gagak hitam menarik perhatian.
"hey kawan, kau tengok gadis tu...dia duduk sorang-sorang.tak de temanlah tu".
"mesti dia tengah layan perasaan kan?.jiwang."
"agaknya tengah frust kot".
"clash ngn bf?bff?kot".
"fail exam kot".
"cari ilham kot".
sudah.ini namanya monolog prasangka.
pandangan manusia yang diintrepretasikan pada sahabat alam.
kalau kau ambil kisah dengan itu semua.
kau takkan rasa perasaan&pengalaman duduk sorang2 di tepi tasik di tengah bandar,
rasa tenang tapi masih boleh dengar hon kereta motor di tengah jalan bandar.
dengar bunyi kapal terbang yang sangat jauh melintas atas kepala.
dengar gagak-gagak hitam bersuara.
dengar bunyi dan lihat air pancut dari tengah tasik.
lihat cahaya matahari terik,
disebalik daun-daun yang masih melekat ditangkai dahan yang melambai-lambai.
cahaya yang masih tak tertahan di tenung mata.
lihat anak kecil yang baru pandai berlari.
dikejar si ibu, si ayah tersenyum sendiri.

semua ni takkan aku lihat dan saksikan kalau aku takut bersendiri.
berseorang lain dari berdua.
kata-kata kau hanya ungkap dalam hati.
kau tak berteman.
tapi kau 'nampak' adanya Tuhan.



tidak saja-saja Allah letakkan aku dikalangan ini,

tidak saja-saja Allah berikan aku keadaan ini,


dimana adanya aku,
disitu aku disuruh belajar,
dengan melihat dan mendengar,
Berfikirlah!

dimana adanya aku,
disitu aku disuruh mengajar,
dengan bertindak dan berkata,
Berfikirlah!

tidak saja-saja Allah letakkan aku dikalangan ini,
tidak saja-saja Allah berikan aku keadaan ini,

dimana adanya aku,
disitu aku diberi rezeki,
Bersyukurlah!

dimana adanya aku,
disitu aku bakal diuji,
Bersabarlah!

tidak saja-saja Allah letakkan aku dikalangan ini,
tidak saja-saja Allah berikan aku keadaan ini,

dimana adanya aku,
disitu aku mungkin disayangi dan dipuji,
Sedar dan tunduklah!
Berserah pada Allah...

dimana adanya aku,
disitu aku mungkin dibenci dan dikeji,
Sedar dan bangunlah!
Berserah pada Allah...

kekuatanku,
kelemahanku,
tidak aku mampu melainkan dengan ADA nya Tuhan,

keberadaanku,
hanya kerana ADA nya Rahmat Tuhan,

ketiadaanku,
hanya berserah dan kembali kepada Tuhan,

Aku adalah milik Allah,
Aku adalah ummat Rasulullah Saw,
Aku adalah seorang khalifah.