Surat dari arwah kakak

Dia memandang langit yang semakin hitam.Kakinya cepat melangkah berlari-lari anak.Hatinya sedikit gusar,risau.Dia dapat bayangkan apabila terbuka sahaja pintu rumah pasti ibu sudah dahulu menanti di hadapan.Terngiang amarah ibu dua hari lepas apabila dirinya pulang setelah maghrib.Namun semua bukan salah ibu,memang dirinya yang mencari nahas dan masalah sendiri.

'Ah,mesti aku kena lagi dengan ibu hari ni!' desus Annisa dalam hati.
'Ni semua salah ana & kamal.Sibuk sangat nak shopping!'Puas.Cuba mencari salah pada yang lain walaupun tahu salah sendiri.

Melihat lift yg terbuka luas.Dia cepat berlari pantas.Kosong.Termengah sekejap.

"La...cepatlah!lembab betullah lift ni!!!"berkali-kali dia menekan butang no 5.Seminit dua pintu lift tertutup.1...2...3...4...5.Ting!Pintu lift terbuka.Dengan perasaan risau dan takut,dia menyusun langkah perlahan.Dari lift ke pintu rumahnya tidak jauh.Hanya dua ketiga minit sahaja.Tepat di hadapan pintu.Dia menarik nafas panjang."Assalamualaikum."Dia menguak pintu dan masuk walaupun salamnya belum disambut dari dalam.Ruang tamu,kosong.Dapur,kosong.

'Hu~~selamat.Ibu mesti tengah sembahyang maghrib.'

Cepat-cepat dia berlari menuju ke bilik. On lampu.Dicampak sling-bag dan tudungnya ke atas tilam dan turut sama menghempaskan badannya yang penat kerana seharian berjalan.Siling bilik yang putih itu ditatap dalam.
Segala penat dan keluh dilepaskan.Lama dimenung,siling putih menjadi semakin malap...matanya tertutup perlahan-perlahan.

"Tuk!Tuk!Tuk!"

Dia tersentap dan matanya yang tadi terlelap terus menuju ke pintu.Tidak dipeduli.Matanya cuba dipejamkan lagi."Annisa!"Suara itu sangat lembut dipendengaran."Ibu?.Masuklah."Tiba-tiba rasa takut dan rasa bersalahnya hilang bila mendengar lembut panggilan ibu.Pintu bilik dikuak perlahan.Dengan bertelekung Ibu berdiri dimuka pintu.
"Dari mana pulak kamu hari ni?Dah solat maghrib?"Tanya ibu dengan nada yang masih sama.'Ibu tak marah ke?'duga Annisa dalam hati namun masih pada pembaringan asal."Aaa?belum."Astaghfirullah Nisa,maghrib dah nak habis dah ni...cepatlah solat".Nada ibu masih dalam memujuk."Ala,kejaplah bu...seminit lagi,letih ni."."Kamu ingat maghrib tu nak tunggu kamu ke?Cepat bangun,solat"."Hrmm..."Pujukan ibu tidak diendahkan.Ibu makin mendekat,Ditarik lembut tangan Annisa diajak bangun.Si Ibu cuba menahan amarah.Hanya Istighfar dalam hati menjadi penguat diri.
"Bu,nantilah kejap.Nisa tahu bu."
"Kalau tahu bangunlah sekarang,maghrib dah nak habis ni Annisa."Ibu cuba menarik lagi.Nisa menjadi rimas dengan tarikan ibunya.Walaupun ibu memujuk perlahan tetap tidak dipedulikan.Yang penting kelelahan dapat dilepaskan sepuasnya.Namun Ibunya tetap tidak mahu mengalah.Semakin Ibu menarik dan memanggil namanya,semakin Annisa rimas.

"Ibu!"Nisa tahulah nak bangun.Nanti Nisa sembahyanglah!"Dengan tidak sedar Annisa meninggikan suara dengan Ibunya.Ibunya juga turut tersentap dengan kelantangan suara anak gadisnya.
Mata mereka bertentangan.Ibu terdiam seribu bahasa.

"Apa dah jadi pada kamu ni Annisa?"ada getar pada tuturnya.
Nisa yang sudah bangun dari pembaringannya seakan-akan berkhayal.
'Apa yang aku dah kata kat ibu tadi.'
"Ibu tanya apa yang dah jadi pada kamu ni??"
"Dulu kamu tak macam ni.Tapi kenapa lepas kakak kamu...
"Lepas kakak mati...?Ibu nak cakap macam tu kan?!Kakak,kakak,kakak...sikit-sikit ibu nak bandingkan Nisa dengan kakak.Nisa rimaslah ibu.Kakak tu dah takde dahlah!"
"Annisa...sedar tak kamu cakap apa sekarang ni?"
"Sedar Ibu!sangat sedar!kenapa Ibu nak sebut pasal dia je??Nisa salah sikit sebut kakak..salah sikit kakak.Nisa penatlah bu!"Tanpa pedulikan Ibunya Annisa terus masuk kebilik mandi.

Si Ibu masih kaku berdiri.Bergenang air dikelopak mata.Sedih kerana kegagalannya mendidik anak yang seorang ini.Ya,menyalahkan diri sendiri adalah jalan yang terbaik baginya.Itulah hati seorang Ibu.Besar macam mana pun salah si anak,Ibu tetap tidak menyalahkan mereka sebaliknya diri sendiri.Bilik itu ditinggalkan.Kaki melangkah dengan hati yang penuh kekesalan.

Dalam shower yang merembeskan air seperti hujan,turut sama tangisan penyesalan.Maafkan nisa ibu,maafkan nisa kakak.Si anak itu meratapi kelancangan kata-katanya sendiri.Makin dikuatkan pulasan air pancut yang membasah badan,makin laju air mata dirembeskan.

Usai mandi dan mengurus diri.Annisa terus menuju ke rak buku disisi katil.Ditatap tajuk buku satu persatu.

"Annisa,kalau akak dah takde nnt,akak tinggalkan buku-buku kesayangan akak ni untuk nisa ok.Jaga elok-elok dan rajin-rajin baca tau!Kalau rajin jumpa harta karun."
"Akak taknak bawak buku-buku ni pergi rumah baru akak?"
"Tak,abang Adam dah sediakan satu mini library kat rumah baru tu special untuk akak.So,yang ada kat sini akak tinggalkan untuk nisa.Kalau nak akak pinjam."
"Yeke?bestnya!!Terima kasih akak!Sayang akak."
"Sayang adik akak jugak".

Terakam perbualan setahun setengah yang lepas.Setelah selesai sahaja majlis perkahwinan kakaknya yang baru berlangsung dirumah mereka.Itulah hari terakhir dia tidur bersama kakaknya.Airmata bergenang lagi.Rindu bertandang.Diraba buku-buku dan novel-novel kesanyangan si arwah.
'Akak,Nisa rindu akak.' Dicapai novel Ayat-Ayat Cinta.Novel yang menjadi kecintaan kakaknya namun sampai hari ini dia masih belum pernah membacanya.Kerana mungkin dia telah mendengar berulang kali isi dan jalan cerita dari awal hingga ke akhir oleh kakaknya.Dia membaca sinopsis dan cuba digambarkan jalan cerita tetapi dia ingat-ingat lupa.Dia membelek helai demi helaian.Terhenti disatu muka surat.Terselit satu nota yang terisi oleh tulisan karangan yang penuh depan belakang tiga muka surat.Keningnya berkerut.Kenal benar tulisan itu walau lama tidak kelihatan.Milik kakak kesayangan.Dadanya berombak perlahan.Dibacanya.

Assalamualaikum,buat satu-satunya puteri kakak yang tersayang...
Nur Annisa...
Apa khabar sayang?Semoga iman dan jasadmu sihat dalam lindunganNya...
Kan kakak pernah cakap,rajin baca buku jumpalah harta karun..tada!inilah dia harta karunnya....hehe~
Baca jugak novel ni walaupun dah beribu kali kakak ceritakan ye?Ke membelek je ni?
Takpelah,yang penting nisa jumpa surat ni...sayang Nisa!!!!
Mungkin time nisa baca surat ni,akak dah takde..eh!jangan panic.Takde bukan kemana...Akak kan kena ikut abang Adam pindah ke rumah baru di Johor.Akak tulis surat ni seminggu sebelum akak kahwin,dan akak harap nisa jumpa surat ni cepat-cepat so boleh la terasa rindu kat akak dan datang melawat akak kat johor k.hehe~~~
Nisa,akak sayang nisa.Memang sedih rasanya tinggalkan rumah ni.Sedih sangat-sangat tau.Walaupun dah ada cinta dan pendamping hidup yang baru,akak tetap sedih nak tinggalkan family,terutama Ibu dan Ayah dan Nisa.Mungkin sebab nisa sahaja satu satunya adik perempuan akak.
Ya,dari kL ke johor tu tak jauh tapi perasaan akak kata susah dah nak jumpa family lepas ni,keadaan dah lain dan pasti berbezakan...tapi insyaAllah,walau jarak terpisah hati tetap bertaut rapi.Tiada yang menghalang walau ajal juga menerpa diri.Perasaan cinta tetap sama.
Sebenarnya akak tulis surat ni hanya ingin meninggalkan ingatan kenangan pada nisa.Kerana nisa adalah satu-satunya adik perempuan akak yang akak pernah berazam ingin pelihara seperti mutiara yang tersimpan dalam balang bertahtakan permata.Namun,sekarang akak tak dapat nak pastikan nisa betul-betul terjaga depan mata akak.Tapi,akak percayakan nisa.Nisa akan berjaya jadi solehah walaupun tidak didepan mata akak.Sebagaimana cita-cita yang nisa ungkapkan pada akak dulu.Nisa cakap,kita berkongsi cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi wanita solehah,bukan?
Akak pernah cakapkan,akak bukan hambaNya yang taat dan juga bukan anak Ibu ayah yang baik.
Tapi akak sedang mencuba sekarang dan akan datang...
Annisa,Jaga hubungan dengan Allah swt.jaga solat,iman dan jangan tinggal Alquran ya.Selalu dekatkan diri denganNya,Jangan jadi macam akak yang lambat sedarkan diri sendiri untuk dekatkan diri denganNya,hampir 20tahun akak sia-siakan umur tanpa benar-benar mengingatinya.Ingat hanya pada susah lupa bila pada senang.Sedangkan seumur hidup kita takkan dapat dibandingkan dengan nikmat-nikmatNya yang luas,Tetapi Allah takkan menolak rasa kesyukuran kita padaNya.
Ingat,selangkah kita dekat denganNya beribu langkah Dia Rapat dengan kita.Tidak akan sia-sia hidupmu mencambah benih cinta padaNya melainkan insyaAllah syurga tersedia diakhirat sana.
Jangan mudah tergoda dengan keseronokan dunia,kerana bila ajal datang pada kita,sesaat pun takkan dapat kita undurkan masa.Ingat sayang,dekatkan diri dengan Allah,nisa pasti rasakan nikmat dan manisnya.Dari Dia kita datang dan padaNya kita akan kembali.
Annisa,Ibu Ayah adalah harta paling bernilai.Kerana Redha Allah terletak pada Redha kedua mereka.Dari kecil akak selalu menyusahkan mereka,bila besar jasa tak cukup membalas pula.Mereka dah tua kerana membesarnya kita.Jagalah mereka sebaiknya sebelum sesal tak sudah.Sama ada mereka yang pergi dahulu atau kita yang pergi dahulu.Yang penting bahagiakan mereka saat kita bersamanya.Sekarang taat akak bertukar pada suami dahulu sebelum mereka jadi kesal akak kerana belum puas membalas jasa mereka.Walaupun akak masih boleh melakukannya namun tidak sama.Jadi hargailah mereka sebaiknya apabila mereka didepan mata kita.Jangan buat mereka menangis kerana dosa kita tapi biar mereka menangis kerana gembira adanya kita sebagai cahaya mata dan cahaya hati mereka.
Cuba bahagiakan mereka dengan kesolehaan diri kita.Mungkin kita tak dapat beri harta yang banyak pada mereka di dunia tapi insyaAllah boleh menjadi harta akhirat buat mereka.
Ingat sayang,sebagai perempuan...mahalkan dirimu,pelihara diri dan maruah kita sebaiknya adalah yang utama kerana itu menunjukkan Taat Cinta kita pada Pencipta,Allah swt...menunjukkan setia kita pada Penghulu Pemimpin manusia yang sangat mencintai ummatnya,Rasullullah saw...menunjukkan cinta dan kasih kita pada Ibu ayah,insyaAllah,jika kita solehah...kita menjadi harta mereka dunia akhirat...sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.Jadi jangan kuathir akan cinta insanimu,serahkan pada Allah sebaiknya kerana yang bakal meminang dan mendampingimu adalah pasti yang soleh juga.Itu janjiNya.
Yakini Allah maka nisa tidak akan kecewa sayang.
Dan yang terakhir setakat ni,akak risau sekiranya nanti nisa ditimpa masalah dan keresahan jiwa yang mengoyahkan iman akak tiada bersama untuk menjadi teman luahan.Ketahuilah sayang.Masalah itu Allah hadirkan supaya kita rasa susah dan membuatkan kita mencariNya,kerana tersangatlah susah untuk kita mengingatiNya bila mana kita senang atau gembira.Kita lebih mengingati Allah bila dihimpit kesusahan sahaja.Sedangkan Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung untuk kita yang bernama hamba.Last word,kembali kepada fitrah yang membentuk solehah.Semoga Allah swt sentiasa memelihara imanmu adikku.


Yang merindu,
Kakakmu.


Annisa membaca surat itu dengan tangisan yang teresak-esak.Setiap bait-bait kata-kata kakak memang terlalu kena buat dirinya yang telah jauh alpa.Rasa rindu makin menebal.Penyesalan datang menerjah.Keinsafan memayungi diri.Surat yang baru ditemui itu terus diratapi.Surat yang ditulis seminggu sebelum si kakak melangkah keluar dari rumah atau sama dengan sebulan sebelum hari ajal menjemputnya.Sudah hampir dua tahun pemilik tulisan itu meninggalkan dunia yang sementara datang kembali hanya dengan kata-kata yang tertulis lama.Annisa yakin Allah menemukannya dengan surat itu adalah sebagai teguran buat dirinya yang alpa dan leka setelah bermuram durja atas peninggalan insan tercinta.Walaupun kakak telah pergi menghadap illahi,ditinggalkan secebis semangat yang mendalam.
Annisa melangkah keluar dari bilik.Di cari ibunya.Atas sejadah si Ibu sedang berteleku bermujahadah.Ditarik tangan si Ibunya.Dia meminta ampun maaf atas dosa dan salah lakunya.
Tiada kata selain maaf.Dua insan sedarah sedaging berpelukan dalam tangisan keinsafan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan