Jumaat yang Akhir.

Hari itu,
Tika itu,
Pasti,akan berlaku!

Tidak dusta pada perkataan,
Tidak dusta pada kejadian,
Berakhirnya saat...
Penghujungnya waktu...

Tika itu,
berbezalah dua golongan,
adanya yang Rendah!
pasti yang Tinggi mendahului!
bukan jasad ukuran,
namun letaknya taqwa dan iman,
didunia pilihan,
kiamat mem-bahagi-kan,
akhirat penentuan.

Syurga atau neraka?
Bahagia atau sengsara?

Itu pilihan kita tika di dunia,
bukan tika kiamat depan mata.

Tika itu,
bergoncanglah bumi,
bulatan terisinya makhluk-makhluk Pencipta Yang Esa,
sedasyat-dasyat kejadian berlaku,
yang kukuh menjadi luluh,
yang teguh menjadi hancur,
gunung-ganang menjadi debu,
berterbangan akhirat dituju.

Adakah telinga aku tulikan?
Adakah mata aku butakan?

Indah bait Al-Quran bukan hiasan.
Masa pilihan bukan disia-siakan.

Kalamullah menjadi bukti,
Suara peringatan 'sebuah' hari.

Tika itu,
alangkah sengsara golongan kiri itu,
alangkah bahagia golongan kanan itu,
yang dahulu beriman,
syurga menanti penuh kenikmatan.
yang dahulu ingkar,
neraka menanti penuh kesengsaraan.

di Syurga,
majoriti bagi  ummat terdahulu,
minoriti bagi  ummat kemudian.
tiada yang tua hanya yang muda,
bidadari bermata jelita,
laksana mutiara yang terpelihara,
tiada dosa dan sia-sia,
hanya salam dan berita gembira.

di Neraka,
angin panas,air panas,
naungan daripada asap yang hitam,
tidak sejuk tidak menyenangkan,
buah zaqqum sebagai makanan,
air panas mendidih sebagai minuman.
tiada pahala dan kebaikan,
hanya penyesalan dan pembalasan.

di manakah aku?
di manakah kita?
di neraka selayaknya?
di dunia apa pilihan kita?

Janji berbicara,
syurga menjadi cinta,
pelamin emas permata bertakhta,
menjadi tempat kekasih hatiNya.

Sesungguhnya ini "haaqqul-yakin",
maka bertasbihlah dengan nama Rabbi mu Al-Adzim.

Cari jalan berhijrah,
kembali pada fitrah.

w'alam.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan