Saham Akhirat.

Dibawah monorail menuju escalator,terdapat seorang pakcik tua yang sedang duduk bersimpuh sambil menadah tangan meminta sedekah.

Boleh dikatakan selalu pakcik itu duduk ditempat yang sama.

Tidak seperti biasa,kali ini Anna menghulurkan sedikit pada pakcik itu,sebelum ini dia hanya memandang sepi...hatinya ego untuk menghulur kerana pada pandangan Anna dengan fizikal yang dimiliki pakcik itu dia masih sempurna untuk mencari rezeki.

Namun kali ini Anna memberikan sedikit dari apa yang dia ada dengan niat bersedekah tanpa berfikir yang lainnya.

Anna sampai office awal dari hari-hari sebelumnya.
Tidak sampai setengah jam kerusinya panas diduduki.Telefon office Anna berbunyi dan Boss memanggil Anna masuk ke dalam biliknya.

"Aik,pagi-pagi lagi dah panggil?kenapa ya?"Anna sempat tertanya-tanya sendiri sedang kakinya melangkah menuju ke ruangan Finance Manager.Bukan kerana Bossnya tidak pernah memanggil cuma jarang sekali sebelum waktu bekerja bermula,iaitu jam 9 pagi.

Dengan senyuman terukir dibibir mereka berdua,Bossnya mengarahkan Anna duduk dihadapannya.
Beliau mengeluarkan beberapa helai kertas yang telah terisi beberapa perenggan didalamnya.
Mata Ana tertumpu sejenak pada lampiran-lampiran itu.

"Surat apa tu?"Cetus hati Ana ingin tahu.

Dengan sabar Anna berdiam menunggu Bossnya untuk memulakan bicara.
Beliau memberitahu tentang kenaikan gaji Anna dan pertukaran naungan majikan.

Anna terus teringat akan pemberiannya pada pakcik peminta sedekah dibawah monorail tadi. RM2.00 yang diberikan kepada pakcik tadi digantikan dengan RM200.00 oleh Allah SWT.
SubhanAllah,Alhamdulillah..Allah Maha Kaya Lagi Pemurah.

Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun hartamu dengan mengeluarkan untuk bersedekah malah akan ditambahkan lagi.


Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan. (Surah Ibrahim-ayat 31)

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (Surah An Nisaa'-ayat 114)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.



2 ulasan: