Ukhuwah

Assalamualaikum,

Malas dah klu nk komen diri sendiri pasal dah lama tak update blog.
straight to the point.

Semalam,dalam mimpi aku...aku terjumpa kawan lama aku yang dah lama lost contact,sebelum ni cari tapi tak jumpa...bangun dari tidur,niat aku nak cari dia lagi...punya aku google nama dia...inilah...itulah..finally jumpa...happy giler aku dibuatnya...tak sampai sehari pun...Alhamdulillah,Allah permudahkan urusan aku..

Baik.itu cerita semalam yang menjadi iklan penaja.

Hari ni..nenek saudara aku (adik bongsu nenek) dari Indonesia datang ke Malaysia dengan nawaitu menziarahi kakaknya yang sedang terlantar sakit.Oh!melihat jejak kasih adik beradik yang dah lama terpisah ni haru biru perasaan dibuatnya.Mulalah sesi airmata dan peluk memeluk.
Serious sebak babe.
Terharu aku melihat kasih sayang mereka ni..yelaa..air dicincang takkan putus kan..jauh pada jarak tapi dekat pada hati...
Aku mempunyai keluarga yang besar dari sebelah mak.
Mak & bapak sangat mementingkan ukhuwah dan silaturahim.Time nak ziarah je mesti ajak aku dan adik beradik yang lain ikut walaupaun kitorang dah besar panjang..kata mereka...biar aku tak lupa daratan dan ingat orang tua.
Pada mulanya,mesti ada jer perdebatan antara kami disebabkan anak perempuan mereka ni degil taknak ikut.
Tapi sekarang ni,aku dah fahamlah...actually memang banyak hikmahnya.
Secara tidak langsung aku belajar banyak benda...belajar dari saudara yang kaya dan saudara yang kurang ada...pendek kata..belajar sedikit tentang HIDUP.
Bapak selalu pesan,dalam hidup ni...ada dua perkara yang penting...iaitu "HablumminAllah wa Hablumminannas"..maksudnya dari segi bahasa...hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia...
Bapak cakap...kita kena jaga dua-dua...tak boleh ambik salah satu je..
Kalau kita tidak jaga hubungan dengan Allah,hidup kita pasti kucar-kacir...kalau kita tak jaga hubungan dengan manusia,jauh dari redha Allah...
Jadi,jika kita jaga keduanya insyaAllah...hidup menjadi lebih sempurna...
Bapak idola aku,bapak selalu pesan...kita jaga hubungan dengan manusia...biar orang buat jahat dengan kita tapi jangan kita buat orang...biar orang nak bermusuh dengan kita tapi jangan kita bermusuh dengan orang...kerana semua Allah yang akan hitungkan...
Ukhuwah ini sangat manis kalau kita faham ertinya...aku tak kata aku faham sangat tentangnya..cuma aku pernah rasa perasaan sedih bila berpisah,rindu bila dah lama tak jumpa,gembira bila bertemu kembali...
Semoga setiap ukhuwah yang kita cipta hanya atas namaNya dan berada dalam redhaNya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Belajarlah tentang nasab keturunan kamu sehingga kamu dapat menyambung silaturahim. Kerana sesungguhnya silaturahim menjadi sebab (timbulnya)kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), banyaknya harta dan bertambahnya usia."
(riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan al-Hakim)

_Pray for Muslims around the world_
Al-Fatihah.




Surat dari arwah kakak

Dia memandang langit yang semakin hitam.Kakinya cepat melangkah berlari-lari anak.Hatinya sedikit gusar,risau.Dia dapat bayangkan apabila terbuka sahaja pintu rumah pasti ibu sudah dahulu menanti di hadapan.Terngiang amarah ibu dua hari lepas apabila dirinya pulang setelah maghrib.Namun semua bukan salah ibu,memang dirinya yang mencari nahas dan masalah sendiri.

'Ah,mesti aku kena lagi dengan ibu hari ni!' desus Annisa dalam hati.
'Ni semua salah ana & kamal.Sibuk sangat nak shopping!'Puas.Cuba mencari salah pada yang lain walaupun tahu salah sendiri.

Melihat lift yg terbuka luas.Dia cepat berlari pantas.Kosong.Termengah sekejap.

"La...cepatlah!lembab betullah lift ni!!!"berkali-kali dia menekan butang no 5.Seminit dua pintu lift tertutup.1...2...3...4...5.Ting!Pintu lift terbuka.Dengan perasaan risau dan takut,dia menyusun langkah perlahan.Dari lift ke pintu rumahnya tidak jauh.Hanya dua ketiga minit sahaja.Tepat di hadapan pintu.Dia menarik nafas panjang."Assalamualaikum."Dia menguak pintu dan masuk walaupun salamnya belum disambut dari dalam.Ruang tamu,kosong.Dapur,kosong.

'Hu~~selamat.Ibu mesti tengah sembahyang maghrib.'

Cepat-cepat dia berlari menuju ke bilik. On lampu.Dicampak sling-bag dan tudungnya ke atas tilam dan turut sama menghempaskan badannya yang penat kerana seharian berjalan.Siling bilik yang putih itu ditatap dalam.
Segala penat dan keluh dilepaskan.Lama dimenung,siling putih menjadi semakin malap...matanya tertutup perlahan-perlahan.

"Tuk!Tuk!Tuk!"

Dia tersentap dan matanya yang tadi terlelap terus menuju ke pintu.Tidak dipeduli.Matanya cuba dipejamkan lagi."Annisa!"Suara itu sangat lembut dipendengaran."Ibu?.Masuklah."Tiba-tiba rasa takut dan rasa bersalahnya hilang bila mendengar lembut panggilan ibu.Pintu bilik dikuak perlahan.Dengan bertelekung Ibu berdiri dimuka pintu.
"Dari mana pulak kamu hari ni?Dah solat maghrib?"Tanya ibu dengan nada yang masih sama.'Ibu tak marah ke?'duga Annisa dalam hati namun masih pada pembaringan asal."Aaa?belum."Astaghfirullah Nisa,maghrib dah nak habis dah ni...cepatlah solat".Nada ibu masih dalam memujuk."Ala,kejaplah bu...seminit lagi,letih ni."."Kamu ingat maghrib tu nak tunggu kamu ke?Cepat bangun,solat"."Hrmm..."Pujukan ibu tidak diendahkan.Ibu makin mendekat,Ditarik lembut tangan Annisa diajak bangun.Si Ibu cuba menahan amarah.Hanya Istighfar dalam hati menjadi penguat diri.
"Bu,nantilah kejap.Nisa tahu bu."
"Kalau tahu bangunlah sekarang,maghrib dah nak habis ni Annisa."Ibu cuba menarik lagi.Nisa menjadi rimas dengan tarikan ibunya.Walaupun ibu memujuk perlahan tetap tidak dipedulikan.Yang penting kelelahan dapat dilepaskan sepuasnya.Namun Ibunya tetap tidak mahu mengalah.Semakin Ibu menarik dan memanggil namanya,semakin Annisa rimas.

"Ibu!"Nisa tahulah nak bangun.Nanti Nisa sembahyanglah!"Dengan tidak sedar Annisa meninggikan suara dengan Ibunya.Ibunya juga turut tersentap dengan kelantangan suara anak gadisnya.
Mata mereka bertentangan.Ibu terdiam seribu bahasa.

"Apa dah jadi pada kamu ni Annisa?"ada getar pada tuturnya.
Nisa yang sudah bangun dari pembaringannya seakan-akan berkhayal.
'Apa yang aku dah kata kat ibu tadi.'
"Ibu tanya apa yang dah jadi pada kamu ni??"
"Dulu kamu tak macam ni.Tapi kenapa lepas kakak kamu...
"Lepas kakak mati...?Ibu nak cakap macam tu kan?!Kakak,kakak,kakak...sikit-sikit ibu nak bandingkan Nisa dengan kakak.Nisa rimaslah ibu.Kakak tu dah takde dahlah!"
"Annisa...sedar tak kamu cakap apa sekarang ni?"
"Sedar Ibu!sangat sedar!kenapa Ibu nak sebut pasal dia je??Nisa salah sikit sebut kakak..salah sikit kakak.Nisa penatlah bu!"Tanpa pedulikan Ibunya Annisa terus masuk kebilik mandi.

Si Ibu masih kaku berdiri.Bergenang air dikelopak mata.Sedih kerana kegagalannya mendidik anak yang seorang ini.Ya,menyalahkan diri sendiri adalah jalan yang terbaik baginya.Itulah hati seorang Ibu.Besar macam mana pun salah si anak,Ibu tetap tidak menyalahkan mereka sebaliknya diri sendiri.Bilik itu ditinggalkan.Kaki melangkah dengan hati yang penuh kekesalan.

Dalam shower yang merembeskan air seperti hujan,turut sama tangisan penyesalan.Maafkan nisa ibu,maafkan nisa kakak.Si anak itu meratapi kelancangan kata-katanya sendiri.Makin dikuatkan pulasan air pancut yang membasah badan,makin laju air mata dirembeskan.

Usai mandi dan mengurus diri.Annisa terus menuju ke rak buku disisi katil.Ditatap tajuk buku satu persatu.

"Annisa,kalau akak dah takde nnt,akak tinggalkan buku-buku kesayangan akak ni untuk nisa ok.Jaga elok-elok dan rajin-rajin baca tau!Kalau rajin jumpa harta karun."
"Akak taknak bawak buku-buku ni pergi rumah baru akak?"
"Tak,abang Adam dah sediakan satu mini library kat rumah baru tu special untuk akak.So,yang ada kat sini akak tinggalkan untuk nisa.Kalau nak akak pinjam."
"Yeke?bestnya!!Terima kasih akak!Sayang akak."
"Sayang adik akak jugak".

Terakam perbualan setahun setengah yang lepas.Setelah selesai sahaja majlis perkahwinan kakaknya yang baru berlangsung dirumah mereka.Itulah hari terakhir dia tidur bersama kakaknya.Airmata bergenang lagi.Rindu bertandang.Diraba buku-buku dan novel-novel kesanyangan si arwah.
'Akak,Nisa rindu akak.' Dicapai novel Ayat-Ayat Cinta.Novel yang menjadi kecintaan kakaknya namun sampai hari ini dia masih belum pernah membacanya.Kerana mungkin dia telah mendengar berulang kali isi dan jalan cerita dari awal hingga ke akhir oleh kakaknya.Dia membaca sinopsis dan cuba digambarkan jalan cerita tetapi dia ingat-ingat lupa.Dia membelek helai demi helaian.Terhenti disatu muka surat.Terselit satu nota yang terisi oleh tulisan karangan yang penuh depan belakang tiga muka surat.Keningnya berkerut.Kenal benar tulisan itu walau lama tidak kelihatan.Milik kakak kesayangan.Dadanya berombak perlahan.Dibacanya.

Assalamualaikum,buat satu-satunya puteri kakak yang tersayang...
Nur Annisa...
Apa khabar sayang?Semoga iman dan jasadmu sihat dalam lindunganNya...
Kan kakak pernah cakap,rajin baca buku jumpalah harta karun..tada!inilah dia harta karunnya....hehe~
Baca jugak novel ni walaupun dah beribu kali kakak ceritakan ye?Ke membelek je ni?
Takpelah,yang penting nisa jumpa surat ni...sayang Nisa!!!!
Mungkin time nisa baca surat ni,akak dah takde..eh!jangan panic.Takde bukan kemana...Akak kan kena ikut abang Adam pindah ke rumah baru di Johor.Akak tulis surat ni seminggu sebelum akak kahwin,dan akak harap nisa jumpa surat ni cepat-cepat so boleh la terasa rindu kat akak dan datang melawat akak kat johor k.hehe~~~
Nisa,akak sayang nisa.Memang sedih rasanya tinggalkan rumah ni.Sedih sangat-sangat tau.Walaupun dah ada cinta dan pendamping hidup yang baru,akak tetap sedih nak tinggalkan family,terutama Ibu dan Ayah dan Nisa.Mungkin sebab nisa sahaja satu satunya adik perempuan akak.
Ya,dari kL ke johor tu tak jauh tapi perasaan akak kata susah dah nak jumpa family lepas ni,keadaan dah lain dan pasti berbezakan...tapi insyaAllah,walau jarak terpisah hati tetap bertaut rapi.Tiada yang menghalang walau ajal juga menerpa diri.Perasaan cinta tetap sama.
Sebenarnya akak tulis surat ni hanya ingin meninggalkan ingatan kenangan pada nisa.Kerana nisa adalah satu-satunya adik perempuan akak yang akak pernah berazam ingin pelihara seperti mutiara yang tersimpan dalam balang bertahtakan permata.Namun,sekarang akak tak dapat nak pastikan nisa betul-betul terjaga depan mata akak.Tapi,akak percayakan nisa.Nisa akan berjaya jadi solehah walaupun tidak didepan mata akak.Sebagaimana cita-cita yang nisa ungkapkan pada akak dulu.Nisa cakap,kita berkongsi cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi wanita solehah,bukan?
Akak pernah cakapkan,akak bukan hambaNya yang taat dan juga bukan anak Ibu ayah yang baik.
Tapi akak sedang mencuba sekarang dan akan datang...
Annisa,Jaga hubungan dengan Allah swt.jaga solat,iman dan jangan tinggal Alquran ya.Selalu dekatkan diri denganNya,Jangan jadi macam akak yang lambat sedarkan diri sendiri untuk dekatkan diri denganNya,hampir 20tahun akak sia-siakan umur tanpa benar-benar mengingatinya.Ingat hanya pada susah lupa bila pada senang.Sedangkan seumur hidup kita takkan dapat dibandingkan dengan nikmat-nikmatNya yang luas,Tetapi Allah takkan menolak rasa kesyukuran kita padaNya.
Ingat,selangkah kita dekat denganNya beribu langkah Dia Rapat dengan kita.Tidak akan sia-sia hidupmu mencambah benih cinta padaNya melainkan insyaAllah syurga tersedia diakhirat sana.
Jangan mudah tergoda dengan keseronokan dunia,kerana bila ajal datang pada kita,sesaat pun takkan dapat kita undurkan masa.Ingat sayang,dekatkan diri dengan Allah,nisa pasti rasakan nikmat dan manisnya.Dari Dia kita datang dan padaNya kita akan kembali.
Annisa,Ibu Ayah adalah harta paling bernilai.Kerana Redha Allah terletak pada Redha kedua mereka.Dari kecil akak selalu menyusahkan mereka,bila besar jasa tak cukup membalas pula.Mereka dah tua kerana membesarnya kita.Jagalah mereka sebaiknya sebelum sesal tak sudah.Sama ada mereka yang pergi dahulu atau kita yang pergi dahulu.Yang penting bahagiakan mereka saat kita bersamanya.Sekarang taat akak bertukar pada suami dahulu sebelum mereka jadi kesal akak kerana belum puas membalas jasa mereka.Walaupun akak masih boleh melakukannya namun tidak sama.Jadi hargailah mereka sebaiknya apabila mereka didepan mata kita.Jangan buat mereka menangis kerana dosa kita tapi biar mereka menangis kerana gembira adanya kita sebagai cahaya mata dan cahaya hati mereka.
Cuba bahagiakan mereka dengan kesolehaan diri kita.Mungkin kita tak dapat beri harta yang banyak pada mereka di dunia tapi insyaAllah boleh menjadi harta akhirat buat mereka.
Ingat sayang,sebagai perempuan...mahalkan dirimu,pelihara diri dan maruah kita sebaiknya adalah yang utama kerana itu menunjukkan Taat Cinta kita pada Pencipta,Allah swt...menunjukkan setia kita pada Penghulu Pemimpin manusia yang sangat mencintai ummatnya,Rasullullah saw...menunjukkan cinta dan kasih kita pada Ibu ayah,insyaAllah,jika kita solehah...kita menjadi harta mereka dunia akhirat...sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.Jadi jangan kuathir akan cinta insanimu,serahkan pada Allah sebaiknya kerana yang bakal meminang dan mendampingimu adalah pasti yang soleh juga.Itu janjiNya.
Yakini Allah maka nisa tidak akan kecewa sayang.
Dan yang terakhir setakat ni,akak risau sekiranya nanti nisa ditimpa masalah dan keresahan jiwa yang mengoyahkan iman akak tiada bersama untuk menjadi teman luahan.Ketahuilah sayang.Masalah itu Allah hadirkan supaya kita rasa susah dan membuatkan kita mencariNya,kerana tersangatlah susah untuk kita mengingatiNya bila mana kita senang atau gembira.Kita lebih mengingati Allah bila dihimpit kesusahan sahaja.Sedangkan Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung untuk kita yang bernama hamba.Last word,kembali kepada fitrah yang membentuk solehah.Semoga Allah swt sentiasa memelihara imanmu adikku.


Yang merindu,
Kakakmu.


Annisa membaca surat itu dengan tangisan yang teresak-esak.Setiap bait-bait kata-kata kakak memang terlalu kena buat dirinya yang telah jauh alpa.Rasa rindu makin menebal.Penyesalan datang menerjah.Keinsafan memayungi diri.Surat yang baru ditemui itu terus diratapi.Surat yang ditulis seminggu sebelum si kakak melangkah keluar dari rumah atau sama dengan sebulan sebelum hari ajal menjemputnya.Sudah hampir dua tahun pemilik tulisan itu meninggalkan dunia yang sementara datang kembali hanya dengan kata-kata yang tertulis lama.Annisa yakin Allah menemukannya dengan surat itu adalah sebagai teguran buat dirinya yang alpa dan leka setelah bermuram durja atas peninggalan insan tercinta.Walaupun kakak telah pergi menghadap illahi,ditinggalkan secebis semangat yang mendalam.
Annisa melangkah keluar dari bilik.Di cari ibunya.Atas sejadah si Ibu sedang berteleku bermujahadah.Ditarik tangan si Ibunya.Dia meminta ampun maaf atas dosa dan salah lakunya.
Tiada kata selain maaf.Dua insan sedarah sedaging berpelukan dalam tangisan keinsafan.










Jumaat yang Akhir.

Hari itu,
Tika itu,
Pasti,akan berlaku!

Tidak dusta pada perkataan,
Tidak dusta pada kejadian,
Berakhirnya saat...
Penghujungnya waktu...

Tika itu,
berbezalah dua golongan,
adanya yang Rendah!
pasti yang Tinggi mendahului!
bukan jasad ukuran,
namun letaknya taqwa dan iman,
didunia pilihan,
kiamat mem-bahagi-kan,
akhirat penentuan.

Syurga atau neraka?
Bahagia atau sengsara?

Itu pilihan kita tika di dunia,
bukan tika kiamat depan mata.

Tika itu,
bergoncanglah bumi,
bulatan terisinya makhluk-makhluk Pencipta Yang Esa,
sedasyat-dasyat kejadian berlaku,
yang kukuh menjadi luluh,
yang teguh menjadi hancur,
gunung-ganang menjadi debu,
berterbangan akhirat dituju.

Adakah telinga aku tulikan?
Adakah mata aku butakan?

Indah bait Al-Quran bukan hiasan.
Masa pilihan bukan disia-siakan.

Kalamullah menjadi bukti,
Suara peringatan 'sebuah' hari.

Tika itu,
alangkah sengsara golongan kiri itu,
alangkah bahagia golongan kanan itu,
yang dahulu beriman,
syurga menanti penuh kenikmatan.
yang dahulu ingkar,
neraka menanti penuh kesengsaraan.

di Syurga,
majoriti bagi  ummat terdahulu,
minoriti bagi  ummat kemudian.
tiada yang tua hanya yang muda,
bidadari bermata jelita,
laksana mutiara yang terpelihara,
tiada dosa dan sia-sia,
hanya salam dan berita gembira.

di Neraka,
angin panas,air panas,
naungan daripada asap yang hitam,
tidak sejuk tidak menyenangkan,
buah zaqqum sebagai makanan,
air panas mendidih sebagai minuman.
tiada pahala dan kebaikan,
hanya penyesalan dan pembalasan.

di manakah aku?
di manakah kita?
di neraka selayaknya?
di dunia apa pilihan kita?

Janji berbicara,
syurga menjadi cinta,
pelamin emas permata bertakhta,
menjadi tempat kekasih hatiNya.

Sesungguhnya ini "haaqqul-yakin",
maka bertasbihlah dengan nama Rabbi mu Al-Adzim.

Cari jalan berhijrah,
kembali pada fitrah.

w'alam.









solat...TIIIDUUUUUURRRRRRR vs SOOLLAAAAAAATTT...tidur.

Assalamualaikum.

Hari ni dalam kelas Prof Dr Fauzi Deraman,saya belajar sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ni.Huhu~~sedih!takpa.Alhamdulillah, dapat walaupun lambat.

InsyaAllah,seperti ramai yang tahu.Azan subuh memang lain dari azan waktu yang lain kan?Maksudnya,hanya dalam azan subuh sahaja yang ada lafaz dibawah sedang dalam azan waktu lain tiada:


Maksud: "Solat itu lebih baik daripada tidur"

Baik.Berkenaan lafaz ini.Ustaz mem'perasan'kan kami semua tentang - kebanyakan laungan azan untuk lafaz ini di kebanyakan tempat di malaysia memanjangkan lafaz "Annaum" daripada "Assholat".
Dimana sepatutnya "Assholat" itu yang patut dipanjangkan supaya pendengaran kita lebih menangkap seruan SOLAT ituuu....Bagaimana kalau "Annaum" itu dipanjangkan???huhu-alamatnya kita hanya sangat menangkap perkataan TIDURRrrr.Jadi makin liatlah kita nak bangun subuh kan?? (oh!mungkin saya sahaja yang macam tu,nanges- T.T )

Perasan tak?perasan tak?huhu-serious memang betul.Saya pun baru perasan.Kalau dari pengalaman dan pendengaran saya sendirilah kan...memang saya selalu dengar perkataan belakang (Annaum) itu yang dipanjangkan.Tapi,kalau pengalaman anda berbeza mungkin itu yang lebih baik.

Jadi,kepada kawan-kawan lelaki saya yang baik yang memang rajin melaungkan azan.Sila-sila ambil berat sedikit ya.Tapi kalau bacaan tu dah betul.SYABAS!(clap-clap-clap).Anda memang terbaik!
Opss...cop!cop!nanti ada yang salah faham,bukan saya kata kalau panjangkan lafaz Annaum tu salah ya.Tidak, apa yang saya tulis memang tidak berkaitan dengan hukum atau betul atau salah.Memang bukan wajib pun tapi penghayatan....Ya,mungkin bukan kes yang berat tapi seeloknya kita memilih yang lebih baik...kan?kan?kan?

Mereka yang lebih arif atau berilmu,lebih tahu dan maklum tentang ni.Alhamdulillah.Saya sekadar berkongsi secebis ilmu bagi yang mungkin pertama kali (macam saya sendiri) di-perasan-kan tentang isu sebegini.InsyaAllah,semoga bermanfaat untuk kita semua.

Kecil.Tapi jika dihayati besar maknanya kerana boleh menjadi LEBIH baik.W'alam.


P/s: di bawah adalah contoh azan subuh di mekah.Maaf,tak full_hanya nak highlight lafaz 
      "Solat itu lebih baik daripada tidur".
















Saham Akhirat.

Dibawah monorail menuju escalator,terdapat seorang pakcik tua yang sedang duduk bersimpuh sambil menadah tangan meminta sedekah.

Boleh dikatakan selalu pakcik itu duduk ditempat yang sama.

Tidak seperti biasa,kali ini Anna menghulurkan sedikit pada pakcik itu,sebelum ini dia hanya memandang sepi...hatinya ego untuk menghulur kerana pada pandangan Anna dengan fizikal yang dimiliki pakcik itu dia masih sempurna untuk mencari rezeki.

Namun kali ini Anna memberikan sedikit dari apa yang dia ada dengan niat bersedekah tanpa berfikir yang lainnya.

Anna sampai office awal dari hari-hari sebelumnya.
Tidak sampai setengah jam kerusinya panas diduduki.Telefon office Anna berbunyi dan Boss memanggil Anna masuk ke dalam biliknya.

"Aik,pagi-pagi lagi dah panggil?kenapa ya?"Anna sempat tertanya-tanya sendiri sedang kakinya melangkah menuju ke ruangan Finance Manager.Bukan kerana Bossnya tidak pernah memanggil cuma jarang sekali sebelum waktu bekerja bermula,iaitu jam 9 pagi.

Dengan senyuman terukir dibibir mereka berdua,Bossnya mengarahkan Anna duduk dihadapannya.
Beliau mengeluarkan beberapa helai kertas yang telah terisi beberapa perenggan didalamnya.
Mata Ana tertumpu sejenak pada lampiran-lampiran itu.

"Surat apa tu?"Cetus hati Ana ingin tahu.

Dengan sabar Anna berdiam menunggu Bossnya untuk memulakan bicara.
Beliau memberitahu tentang kenaikan gaji Anna dan pertukaran naungan majikan.

Anna terus teringat akan pemberiannya pada pakcik peminta sedekah dibawah monorail tadi. RM2.00 yang diberikan kepada pakcik tadi digantikan dengan RM200.00 oleh Allah SWT.
SubhanAllah,Alhamdulillah..Allah Maha Kaya Lagi Pemurah.

Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun hartamu dengan mengeluarkan untuk bersedekah malah akan ditambahkan lagi.


Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan. (Surah Ibrahim-ayat 31)

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (Surah An Nisaa'-ayat 114)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.