Maal Hijrah 1434 & G A Z A

Tahun baru telah tiba,
disini Hijrah 1434 disambut gembira,
namun Gaza nun disana duka nestapa,
menangis melihat palestina menderita.

Lelah unggas pulang petang,
mencari tempat berlindung diri,
kekejaman mengganas ketenangan hilang,
Hanya munajat pelindung diri.

Kita menangis kerana terasa,
kita marah kerana benci dan tidak suka,
namun apakah tindakan kita,
yang mungkin bisa kurangkan beban mereka?

Kita terdiam seribu bahasa,
melihat tangisan tanpa henti,
akidah dan iman buat mereka perkasa,
tahu penghujungnya syurga menanti.

Kerana kita bukan mereka,
kita sentiasa pekak kan telinga,
sedang mereka adalah saudara,
di akhirat tanggungjawab kita pasti ditanya.

Kita tidak mampu memegang senjata,
apatah lagi berada ditempat mereka,
namun kita jangan buat-buat buta,
kerana dengan doa insyaAllah membantu mereka.


Salam maal hijrah,semoga kehidupan kita berhijrah kearah yang lebih baik dan begitu juga diri kita.
mulakan dengan satu langkah,semoga pengakhiran kita mendapat tempat disisi Allah SWT.
Namun,dalam kita mensyukuri nikmat ketenangan dan keamanan yang sedang kita rasai kini...selitkanlah walau hanya dengan secebis doa buat saudara-saudara kita di Gaza yang sedang menderita mungkin kerana terluka dan menahan kesakitan,dibasahi darah,berlari ketakutan demi melindungi dri dan mungkin kehilangan yang tersayang atau yang lebih teruk lagi,keadaan yang kita tidak pernah bayangkan...semoga Allah melindungi mereka.
Kita disini,walau dengan usaha sekecil apa pun yakinlah Allah Maha Mendengar,Allah Maha Mengetahui...lakukanlah sesuatu walau dengan selemah-lemah tenaga iaitu berdoa.Wallahualam.








 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan