Aku belajar sebab......?

Assalamualaikum,

Agak lama blog ini ditinggalkan tanpa sebarang 'perkataan' yg tercalit untuk dijadikan entry,kesal dengan diri sendiri yang malas dan tidak istiqamah terhadap apa yang diniatkan pada mula-mula terciptanya blog ni.
Takpe!masih belum terlambat,naikkan azam tingkatkan usaha!
-bila kesedaran datang menerpa,kata-kata semangat pun terluah dari dalam hati dan membuatkan mataku tercelik dan jari jemariku pun bergerak tangkas.(konon-kononnya la kan,kalau lah semudah ini.)
dan, Dengan izinNya...ter posting lah entry ni.

semalam sambil mengait baby hat for my boyfriend, Adam Mohd Saifuddeen (unofficial nephew)...saya mendengar ceramah audio Mp3 melalui telefon tangan saya yg tidak berapa nak canggih tu kan...
sambil tangan mengait sambil itu lah telinga menadah santapan rohani, sekurang-kurangnya tidaklah mengantuk..Ok! tamat mukaddimah.


Ustaz tanya, apa niat kamu semua nak belajar?

Sebab nak pandai ustaz.
Sebab nak berjaya ustaz.
Sebab mak suruh ustaz.
Sebab nak kerja yang elok-elok bila besar nanti ustaz.
Sebab nak dapatkan gaji yang besar ustaz.
Sebab...bla..bla..bla...

Macam-macam lagilah jawapan yang dibalas oleh anak murid ustaz.

Pasti ada diantara kamu semua yang tanya pada diri sendiri..."apa pulak sebab aku ya?" atau mungkin dah ada jawapan " sebab...bla bla bla..."
Ok,apa pun jawapan anda semua saya tak tahu tapi saya tak nak kata "aiman tak kisah" kerana saya kisah dan kerana itulah entry ini ditulis.Supaya kita sama-sama sedar dan tidak terlambat untuk tersedar macam saya ni hah tapi bagi yang lebih awal dah sedar alhamdulillah,tahniah.

Persoalan diatas bunyi seperti mudah kan untuk dijawab?Saya tidak kata jawapan di atas salah tetapi dengan lebih baiknya jika jawapan itu lebih tepat baru osem kan..
dan jawapannya adalah ingin mencapai TAKWA ALLAH.

Kenapa?sebab tiada apa yang dapat membezakan kedudukan manusia disisi Allah kecuali dengan keimanan dan ketaqwaannya.

Jadi,kalau macam tu kita kena belajar dalam bidang agama sahaja ke?

Bukan macam tu,tidak kisah la apa pun yang kita ingin pelajari...dalam bidang kedoktoran ke,engineering ke,accounting ke dan apa sahajalah selagi dalam landasan yang benar insyaAllah kita boleh pelajari tetapi letakkanlah niat kita ingin mencapai takwa Allah dihadapan bidang yang kita ceburi itu dan insyaAllah kita tidak akan terjatuh dari landasan.

Kata sesetengah orang alim,

Takwa itu seperti batu permata yang jatuh kedasar lautan yang dalam di mana lautan itu mempunyai ombak yang besar dan tinggi dan di dalamnya terdapat makhluk-makhluk yang mengganas.

Wah!kalau ikut logik akal,bagaimana kita nak mencari batu permata yang kecil di lautan yang terbentang luas dan bahaya kan. InsyaAllah,tidak mustahil jika kita mempunyai ilmu dan 'jalan'nya bukan.

Ringkas gambaran taqwa tetapi bukan mudah dan tidak ringkas untuk memperolehinya.
Perlu ada ilmu,jadi disinilah fungsi ilmu untuk mencari Taqwa Allah.

Tapi bagaimana nak kaitkan medical/engineering/accounting/statistic/agriculture...etc. dengan ketaqwaan?

Jika kita letakkan niat kita awal-awal kerana menuju jalanNya,pasti kita dapat related kan pembelajaran kita dengan kebesaranNya kerana bagaimana pun kecanggihan didunia ini berlaku bolak balik semua kembali padaNya,kerana semua ilmu didunia ini pinjaman dari Allah SWT....
contohnya,setiap organ kecil dalam badan kita mempunyai fungsi,manusia mencipta kapal terbang berilhamkan burung dan sebagainya.(maaf saya kurang ilmu untuk berikan contoh yang lain).
Disini,kita akan sedar dengan ilmu insyaAllah kita dapat melihat keaiban diri,kekurangan diri dan yang penting level iman dalam diri.
Jadi,insyaAllah dengan ilmu yang kita pelajari juga kita akan melihat segala kebesaranNya,melangkah mendekatiNya dan bertaqwa padaNya.
Semoga kita dapat refreshkan niat kenapa kita belajar dan berazam untuk mendapatkan kedudukan yang berbeza disisi Allah SWT.


Sudah biasa berlaku pada jiwa-jiwa yang kehausan ilmu dan tipis imannya macam saya ni untuk merasakan seperti ini...bila dengar ceramah barulah teringat,tersedar,terinsaf dan lain-lain 'ter' lagi la kan.Tapi tidak mengapa,dari kesedaran itulah kita melangkah dan bukan terasa sahaja tapi tidak melakukan apa-apa.

Apa yang saya kongsikan disini hanya sedikit sahaja dari ceramah yang saya dengarkan dan diolah secara ringkas dengan penyampaian tersendiri tetapi insyaAllah tidak lari dari isinya.
Secara ringkas,selain daripada ilmu jalan lain untuk mencapai taqwa adalah iman,akhlak dan istiqamah namun saya tidak huraikan disini.Maafkan diatas kekurangan dan kelemahan saya.Semoga penulisan ini dapat menjadi saham kita diakhirat.

Semoga kita semua sentiasa berjaya,bahagia & sejahtera dunia akhirat.Amin.








P/s:sy ingin kongsi link ceramah tapi tak dapat nak cari,insyaAllah saya akan pindahkan dr phone dan uploadkan diblog.kalau saya terlupa halalkan ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan