CANTIK aku adanya aku...

A: "B, masa kita mula-mula masuk kelas dulu, kenapa kau diam je?"
B: "Sebab aku malu nak tegur korang semua sebab korang nampak outstanding dalam kelas."
A: "Kenapa nak malu pulak?'
B: "Yelaa,sebab korang semua CANTIK. Aku rasa rendah diri nak tegur dan dekatkan diri dengan korang."


Pernah tidak awak semua berada dalam situasi diatas?(jawab dalam hati ok) ^^ smile!


Sebelum itu saya nak bertanya dahulu , apa itu cantik? Saya yakin setiap individu mempunyai falsafah,pandangan atau pendapat tersendiri tentang definisi "CANTIK".
Saya nak bertanya lagi siapa yang TIDAK SUKA cantik?(Ting tong otak dan keluarkan jawapan sendiri) ^^ smile!


Pada pandangan saya, cantik itu sinonim terhadap segala bentuk tanda dan perkara yang di pandang baik melalui pandangan hati ataupun pandangan mata.Tipulah kalau ada yang katakan dia tidak suka akan kecantikan kerana kita dilahirkan dengan membawa fitrah kecantikan.


Berbalik pada dialog di atas.Saya hanya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri di mana saya pernah menjadi B sebelum saya menjadi A.
Saya pernah berasa rendah diri kerana saya merasakan diri saya tidak cantik dan malu untuk memulakan perkenalan diantara rakan-rakan sekolah.
Saya pernah terasa terhina kerana pandangan mereka yang lain terhadap diri saya.
Saya juga pernah mempersoalkan bentuk kecantikan yang ada dalam diri saya.
Saya juga pernah membezakan kecantikan diri saya dengan orang lain.
Ya,saya pernah fikirkan semua itu dahulu.


          "Mereka yang cantik hanya ingin berkawan dengan mereka yang cantik sahaja." 


Mentaliti ini juga pernah menyinggah di kotak fikiran saya ketika di sekolah dulu.
Namun, setelah akal mencapai tahap kematangan saya mula berfikir...


kenapa aku harus berfikiran seperti itu?
Apa betul aku tak cantik?


Saya mula menyoal diri dan mencari jawapan.Saya mula memotivasikan diri sendiri dengan menimbulkan persoalan "dari mana datangnya CANTIK"?




Ok.Stop sebentar dengan persoalan ini.


Saya ingin berkongsi short story sebagai iklan komersial.



Dulu, saya pernah diejek kerana tahi lalat yang berada di atas wajah saya namun saya cuba memetah dengan mengatakan "jika awak ejek saya maka awak ejek ciptaan Allah"...bunyi agak sensitive bila menjawab ejekan kawan  itu namun bagi saya hanya satu saya ingin mengingatkannya bahawa apa yang dilakukan itu salah.


Ya,statement ini jawapan saya...dari mana datangnya cantik? 
Datangnya dari Pencipta Manusia,Allah SWT.



Jadi,layakkah kita mempersoalkan setiap apa yang tercipta buat diri kita?


Kenapa bentuk muka saya macam ni?
Kenapa bentuk hidung saya macam ni?
Kenapa bentuk mata saya macam ni?
Kenapa saya ada tahi lalat di sini?



Jika persoalan itu ada di fikiran kita maka kita seolah-olah mempertikaikan kebesaran Allah SWT.
Nauzubillahi min zalik.
Kita juga boleh jadi kufur nikmat kerana apa yang diciptakan untuk kita adalah nikmat dan anugerah yang terbaik dariNya Yang Maha mengetahui tentang rahsia yang tidak kita ketahui.Jadi mulai saat pengalaman yang memberi pengajaran,saya mula buang segala ketidakmatangan fikiran yang lama bersarang tentang isu cantik itu.Saya mula memandang cantik itu dari semua sudut dan bukan pada luaran sahaja.


Tambah lagi, pernah tidak kita terdengar...
ala dia tu harap muka je cantik tapi hati busuk...(kalau melihat seseorang yang cantik dan mengetahui atitude buruknya)
awek tu memang cantik,tertarik dan memang de bomb!tapi setakat nak jadikan awek bolehla tapi nak jadikan isteri...wowo...no way man! (bila nampak perempuan cantik yang seksi).
dah lah tak cantik,hati pun tak cantik.huh!(kalau melihat seseorang yang kurang cantik dimata kita dan mengetahui atitude buruknya)
Oleh itu, disini kita boleh lihat bahawa kecantikan yang kita pandang adalah sebenarnya fitrah kecantikan yang Allah anugerahkan iaitu kebaikan dari dalaman dan bukan hanya luaran.


Sabda Rasulullah saw:“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”Riwayat Al-Bukhari


Jadi, daripada kita merisaukan rupa fizikal kita lebih baik kita perbaiki nilai rohani atau dalaman kita.
Kerana kecantikan yang sebenar itu adalah yang BAIK dalamannya maka akan terpancarlah sinar kecantikan diluarannya.Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita tidak perlu malu atau rendah diri terhadap ukuran kecantikan luaran kita kerana Allah itu Maha Adil. Diciptakan kita dengan KebijaksanaanNya. Letaknya mata,mulut,hidung dan anggota yang lainnya adalah mengikut kesesuaian yang terbaik.Dan, anggota yang utama adalah hati kita dimana lahirnya kita membawa hati suci yang Cantik tanpa sebarang noda. Maka jagalah hati kita sebaiknya dan jauhilah diri kita dari mengubah ciptaanNya yang telah sempurna.


Positivekanlah diri kita dengan sentiasa memuji setiap ciptaanNya terhadap diri kita.Yakinlah, Allah lebih cintakan kecantikan berbanding kita jadi sudah pasti setiap makhluknya diciptakan dengan kecantikan yang tersendiri.Pandanglah setiap sudut dan carilah kecantikan yang tersembunyi dan bina kecantikan itu daripada hati. InsyaAllah, jadilah kita insan yang cantik di pandangan Allah SWT kerana ia membawa kita cantik dimata manusia.


Wallahualam.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

"Segala puji bagi Allah,elokkanlah kiranya kelakuanku sebagaimana Engkau telah mengelokkan rupa kejadianku".

"Ya Allah,bersihkanlah hatiku daripada niffaq dan peliharalah kemaluanku dari melakukan pekerjaan yang keji".

"Ya Allah,kayakanlah aku dengan ilmu,hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut,muliakanlah aku dengan taqwa dan cantikkanlah aku dengan kesihatan".


Amin Ya Rabbi.








Puisi dibawah ku dedikasikan buat semua wanita-wanita yang cantik jiwanya,
muslimah penyeri keluarga dan bidadari syurga.




Cintaku Al Mubdi,Yang Maha Pencipta dari Asal...
Alhamdulillah...


Aku cantik adanya aku,
hatiku cantik bila dihiasi dengan akhlak murni,
maruahku cantik bila maruah dikunci rapi,
diriku cantik bila solehah menjadi cita-cita diri,


Aku cantik adanya aku,
mataku cantik bila pandangan tertutup dari melihat maksiat,
hidungku cantik bila tidak menghidu yang haram,
mulutku cantik bila tiada tutur mengumpat,
Rambutku cantik bila kemas dibaluti hijab,
Tanganku cantik bila menadah memohon munajat,
Kakiku cantik bila melangkah dan melakukan ibadah,


Aku cantik adanya aku,
kerana setiap ciptaan yang tercipta atas kejadianku adalah yang tercantik buatku kerana yang menciptakannya adalah Pemilik segala kecantikan.
SubhanAllah.






^^smile!

2 ulasan:

  1. betul2, pernah gak tinie rasa mcm tu dulu tp da makin besar da mula fikir yg elok2.. tapi cantik hati lg ok dari cantik rupa :)

    yeaayyy kite follow blog ni..
    eyhh cop2, tp empunya blog ni spe ek?? hehehee

    BalasPadam
  2. saya rasa ramai yang pernah berfikiran macam ni,biasa kita manusia yang tidak maksum...

    terima kasih sbb follow ye,smga bermanfaat~
    siapa empunya blog ni?
    kawan lama laa...^^

    BalasPadam