aku jatuh lagi...

Tika aku resah tiada yang dapat menenangkan,
Tika aku hiba tiada yang dapat menghiburkan,
Tika aku lemah tiada yang dapat membangkitkan,
kecuali Dia...Pemilik segala perasaan dan Pemilik segala Kekuasaan...
Allah SWT...


Maha suci bagi Allah Tuhan semesta alam,Alhamdulillah...

semalam,dari lamunan aku tersedar...hari ini,aku terjaga kerana "siren" dariNya..
syukur ya Allah...kerana terlalu menyayangi diri ini...
terlalu lama aku leka dek kerana hiburan dunia tanpa aku menyedari banyak masa yang aku buang kerana hal yang sia-sia...apa patut aku menyesali?atau meratapi pemergian masa yang patut aku hargai?
Tidak!kerana ianya sama sekali tidak dapat memutarkan kembali yang telah berlalu pergi...yang patut aku lakukan adalah kembali dengan bersujud taubat padaNya...aku pasti itu yang terbaik bagi jalan seorang hamba yang lupa akan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi...
cepatnya masa berlalu,pejam celik kini usia kita menginjak lagi...mungkin kadangkala kita rasakan diri kita masih muda tapi pernah tidak kita fikir hakikatnya bumi ini semakin tua...semakin tua sehingga tidak larat menanggung kerakusan manusia yang bermaharajalela dengan bermahotakan dosa...
pernah sehari,seminit atau sedetik kita terfikir?
antara 1 ke 10...dimana letaknya amal atau bekalan kita?
apa sudah mencukupi atau tiada langsung?
masyaAllah,dimana letaknya amalku...dimana???
jangan kita merasa cukup dengan amal yang kita lakukan sedangkan yang lebih alim dari kita tidak pernah berhenti melakukan ibadah kepadaNya..kerana mereka sedar mereka tidak tahu amalan mereka diterima ataupun tidak...kerana kita manusia tidak pernah lari dari dosa,jadi apa yang patut kita lakukan adalah cuba terus mencuba dan berusaha terus berusaha mencapai redhaNya...
jangan kita kata tiada langsung kerana kita telah dikhabarkan tentang pedihnya azab neraka...adakah kita ini cuba mengingkari Dia yang Maha Kuasa dengan melakukan sesuatu yang dilarangNya?sedang kita tahu tiada sesuatu yang lebih pedih dan sakit dari azabNya...
sedarilah wahai diriku dan jiwa-jiwa saudaraku,kita di dunia ini hanya sementara dan amal yang cuba kita cari itu adalah buat bekalan kita di akhirat sana...yang lebih lama perjalanannya dari hidup kita didunia ini...
apa yang kita kecapi di sini adalah sementara namun apa yang kita hadapi disana adalah untuk selamanya...
jangan takut untuk bangun setelah kita jatuh,kerana Dia akan memapah kita kembali dan Dia tidak akan membiarkan kita sendiri...yakinlah wahai jiwa.Allah SWT itu sentiasa bersama kita...
kembalilah padaNya...kembalilah walau permulaan langkah kita dengan merangkak...
kerana Allah SWT tidak melihat bagaiman kita bermula tapi bagaimana pengakhiran kita...

aku jatuh lagi namun Dia membangunkanku kembali...

wallau'alam.

2 ulasan:

  1. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah lalai menjaga kita.. DIA sentiasa ada tika kita sedih, duka, dan putus asa.. Jangan pernah berburuk sangka dengan Ujian dan Rahmat ALLAH. Itulah cara Allah memberi keampunan dan menunjukkan kasih sayangNYA agar kita memberi tumpuan terhadap amalan dan suruhanNYA.. InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih saudariku,
      insyaAllah...buruk sangka pada ujianNya akan membuatkan kita lebih resah...mungkin membuatkan kita jauh selangkah dariNya...wallahualam.

      Padam