Maafkanku Ya Allah...

"Salam,kamu beritahu saya ya jika kamu dah jumpa pilihan kamu...w'salam."


message ini aku terima daripada seseorang yang aku ketahui perasaan dan niat murninya terhadapku,
dengan berfikir sejenak, aku membalas message itu,


"salam,awak...maaf...sy memang dah jumpa pilihan saya..."


di saat ini,aku benar-benar rasa bersalah terhadap dia,aku yang memberi harapan dan setelah itu aku juga yang menghancurkannya...


namun aku tekad,walau benci yang dilemparkan kepadaku sekalipun aku tekad...
aku sedar kesilapan itu adalah daripada kecuaian dan kealpaanku yang sentiasa singgah didalam hati yang lemah ini...
aku manusia yang punya hati dan fitrah...suka akan kebaikan,ingin disukai dan menyukai...
dan kerana kelemahan hati ini,aku tersungkur...


Alhamdulillah,kerana kehendakNya aku tersedar kembali dari lamunan singkat itu...walau redha Allah yang cuba aku capai namun jalannya salah...
Alhamdulillah,Allah tidak mencampakkan "perasaan" yang tidak halal itu dalam hatiku,Dia hanya mencampakkan rasa kagum terhadap cita-cita dan matlamat masa hadapan insan itu yang berlandaskan syariah dan ingin mencapai redhaNya...aku yakin itu!


Alhamdulillah,aku terlalu bersyukur kerana Allah tidak mengambil masa yang lama untuk menegur kealpaanku...mungkin Allah menghadirkan insan itu hanya untuk menguji Cintaku terhadapNya dan mungkin aku juga menjadi ujian untuk diri insan itu...


Alhamdulillah,prinsip yang aku cuba pertahankan selama aku telah mengenal erti cinta sebenar tidak gugur dalam hati ini...Allhamdulillah,terima kasih Ya Allah...


Terima kasih CINTA ku yang telah memberikan hidayah yang besar ini...
Alhamdulillah Ya Rabbi..

dedikasi buat seseorang,

Setelah ampun yang ku mohon dariNya,
ku minta kemaafanmu juga...


Wahai Adam,
ketahuilah...aku terpaksa menipu untuk membuatkan dirimu jauh dariku,
ketahuilah...aku tidak mampu menyingkirkanmu secara lembut kerana ianya membuatkanku sentiasa diselubungi rasa bersalah,
jadi ku ambil langkah ini untuk membuatkan kau berhenti berharap terhadapku,
dan hanya berharap kepadaNya...
kerana Dia yang melunaskan segala harapan hamba-hambaNya..
walau kita cuba membina jalan untuk mencapai redhaNya namun aku tetap tidak yakin dalam urusan kita...
perasaan takut dan risauku melebihi perasaan kesukaanku terhadap cita-citamu..
aku yakin itu adalah "signal" yang Allah berikan kepadaku...
aku bukan cuba menghukum atau menganiaya dirimu atau cuba mencambah benih kebencian dalam hatimu namun aku ingin menjaga hati kita dan terutama hatiku yang lemah...
aku akur kerana kesalahan dan kelemahan diri ini yang memberi harapan,
maaf diatas keterlanjuran kata-kataku itu...
ketahuilah...aku ingin pelihara Cintaku terhadapNya,
dan aku ingin menjaga prinsipku buat seseorang Adam yang tidak pernah aku kenali namun aku yakin kewujudannya yang bakal menjadi...
Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasulullah... 
meletakkan perasaan suka didalam hati seseorang itu bukan urusanku tetapi urusanNya,
apatah lagi meletakkan perasaan selain dari itu...maafkanku...
Terima kasih di atas niat murnimu,aku menghargainya memang itu yang aku impikan dari seseorang Adam...mengenaliku dengan niat untuk menjadikanku yang halal buat dirinya...
Namun,tetap ku katakan cara dan masa kita salah...
aku tidak hebat dalam memberikan keterangan tentang ini namun aku yakin aku tidak mampu memegang sebuah janji yang aku sendiri tidak pasti bagaimana yang Allah aturkan buatku esok hari...
aku terlalu yakin Allah telah menyediakan jalan untuk aku mengenali Adam yang bakal menjadi imamku dengan cara yang sebenarnya...begitu juga yang Allah rancangkan buatmu dan bakal zaujahmu,
Segalanya kuserahkan kepada Allah SWT dan usahaku adalah doa dan benih-benih CintaNya yang sedang ku semaikan dalam diriku ini...
jika Allah mengatakan Adam itu adalah kamu,maka gembiralah kita ketika diijabkabulkan nanti kerana "perasaan" itu tidak ternoda disebabkan dosa semalam...dan,
jika Allah mengatakan Adam itu adalah selain darimu...maka kita sama-sama akan bersyukur kerana kita tidak salah "orang" untuk menyerahkan "perasaan suci " itu...
jika kau bertanyakan apakah salahmu?
carilah mereka yang lebih memahami,kerana aku tidak layak mengatur kata...
jika kau bertanyakan apakah salahku?
akan  kujawab...keterlanjuran kata-kataku dengan memberi harapan kepadamu...
yang baik itu dariNya dan yang tidak baik itu kerana kelemahan diriku sendiri...
maafkanku...
semoga Allah memberikan petunjukNya yang lurus kepada kita semua...
semoga Allah memberikan kebahagiaan,kesejahteraan dan kejayaan dunia & akhirat kepada kita semua...insyaAllah.




“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid”(maksud hadis riwayat Hakim, Ibn Asakir, ad Dailami dan lain-lain)
Dalam riwayat lain pula bermaksud:
“Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid”
wallahualam.




zahrah (bunga) cinta


CintaNya,

tidak akan pernah hilang...

walau dirimu terapung di antara langit dan bumi,

walau dirimu tersorok di lubang gua yang tersembunyi,

walau dirimu kehausan di tengah padang pasir yang gersang,

walau dirimu lemas di sedalam-dalam lautan...

kerana CintaNya tidak akan pernah berhenti bertiup disetiap inci pelosok dunia...

dan akan menyinggah di setiap ruang yang bernama jiwa...

kerana kita ciptaanNya yang paling istimewa...

keras hati





daripada Ibn Umar r.a...Rasulullah s.a.w bersabda,

"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah SWT itu adalah menyebabkan hati seseorang itu menjadi keras.Dan sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu adalah mereka yang berhati keras".

Hadis riwayat Imam AT Tarmizi.



aku jatuh lagi...

Tika aku resah tiada yang dapat menenangkan,
Tika aku hiba tiada yang dapat menghiburkan,
Tika aku lemah tiada yang dapat membangkitkan,
kecuali Dia...Pemilik segala perasaan dan Pemilik segala Kekuasaan...
Allah SWT...


Maha suci bagi Allah Tuhan semesta alam,Alhamdulillah...

semalam,dari lamunan aku tersedar...hari ini,aku terjaga kerana "siren" dariNya..
syukur ya Allah...kerana terlalu menyayangi diri ini...
terlalu lama aku leka dek kerana hiburan dunia tanpa aku menyedari banyak masa yang aku buang kerana hal yang sia-sia...apa patut aku menyesali?atau meratapi pemergian masa yang patut aku hargai?
Tidak!kerana ianya sama sekali tidak dapat memutarkan kembali yang telah berlalu pergi...yang patut aku lakukan adalah kembali dengan bersujud taubat padaNya...aku pasti itu yang terbaik bagi jalan seorang hamba yang lupa akan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi...
cepatnya masa berlalu,pejam celik kini usia kita menginjak lagi...mungkin kadangkala kita rasakan diri kita masih muda tapi pernah tidak kita fikir hakikatnya bumi ini semakin tua...semakin tua sehingga tidak larat menanggung kerakusan manusia yang bermaharajalela dengan bermahotakan dosa...
pernah sehari,seminit atau sedetik kita terfikir?
antara 1 ke 10...dimana letaknya amal atau bekalan kita?
apa sudah mencukupi atau tiada langsung?
masyaAllah,dimana letaknya amalku...dimana???
jangan kita merasa cukup dengan amal yang kita lakukan sedangkan yang lebih alim dari kita tidak pernah berhenti melakukan ibadah kepadaNya..kerana mereka sedar mereka tidak tahu amalan mereka diterima ataupun tidak...kerana kita manusia tidak pernah lari dari dosa,jadi apa yang patut kita lakukan adalah cuba terus mencuba dan berusaha terus berusaha mencapai redhaNya...
jangan kita kata tiada langsung kerana kita telah dikhabarkan tentang pedihnya azab neraka...adakah kita ini cuba mengingkari Dia yang Maha Kuasa dengan melakukan sesuatu yang dilarangNya?sedang kita tahu tiada sesuatu yang lebih pedih dan sakit dari azabNya...
sedarilah wahai diriku dan jiwa-jiwa saudaraku,kita di dunia ini hanya sementara dan amal yang cuba kita cari itu adalah buat bekalan kita di akhirat sana...yang lebih lama perjalanannya dari hidup kita didunia ini...
apa yang kita kecapi di sini adalah sementara namun apa yang kita hadapi disana adalah untuk selamanya...
jangan takut untuk bangun setelah kita jatuh,kerana Dia akan memapah kita kembali dan Dia tidak akan membiarkan kita sendiri...yakinlah wahai jiwa.Allah SWT itu sentiasa bersama kita...
kembalilah padaNya...kembalilah walau permulaan langkah kita dengan merangkak...
kerana Allah SWT tidak melihat bagaiman kita bermula tapi bagaimana pengakhiran kita...

aku jatuh lagi namun Dia membangunkanku kembali...

wallau'alam.