Perang-Boikot-Genjatan Senjata-Boikot_

Ya,selagi bumi tidak lenyap perang akan sentiasa ada kerana ianya adalah salah satu tanda akhir zaman dan hari kiamat.Tidak kita minta tapi inilah reality.
Sepanjang aku hidup,aku tidak ingat berapa kali perang yang tercetus antara islam dan yahudi @ sekutunya.
Oh!nampak sangat aku tidak cakna atau ambil serius tentang hal ni.Yelah,perang itu bukan terjadi di tempat aku dan aku tidak merasakan reality nya bagaimana.(sindir diri sendiri)

_hanya jiwa aku terkadang tersentuh,tersebak,tersedih,ternangis bila melihat keadaan dan situasi semasa yang terjadi di negara mereka.Namun semua perasaan "TER" itu hanya sementara,bila hilang berita maka hilanglah rasa.
Kerana?ya,iman aku yang nipis seperti kulit bawang dan mungkin lebih nipis lagi dari itu.(kecewa dengan diri sendiri).

Tahun ini dunia bergegar lagi.
Perang antara rakyat palestine yang inginkan keamanan dan sekutu Israel Laknatullah yang tidak berperikemanusiaan.
Kerana masa dan usia yang makin meningkat mematangkan fikiran aku barangkali?
Alhamdulillah,kini aku lebih sensitive terhadap isu ini.Aku lebih ambil peduli.
Dari ke-sensitive-an perasaan yang timbul aku zahirkan dengan tindakan_
Aku lakukan apa yang aku mampu,salah satunya BOIKOT barangan israel!

Dulu,pernah boikot tapi tidak berterusan,hanya sebilangan produk yang berterusan diboikot dan alhamdulillah smpai ke hari ini.Namun iman aku gagal dengan nafsu.Ice cream MCDonald menjadi ujian..(ya Allah,teringat status FB seorang shbt yg berbunyi..."ini baru MCD iman kita dah kalah,apatah lagi dengan tipu daya dajjal nanti??"-Nauzubillah.)
Pendek cerita barang lain boleh boikot tapi MCD tak boleh_sebab apa?ianya makanan?atau kegemaran?(apada!) nampak sangatnya semangat hangat-hangat tahi ayam aku disini.nampak sangat rendahnya kedudukan iman aku disini.Sekarang,bila kesedaran meninggi...aku melihat darah basah dan kering ditubuh kanak-kanak kecil,orang tua,dan mereka semua rakyat palestin...aku menyesal!benar-benar menyesal!kesal dengan diri sendiri.

Dan Hari Ini,22/11/12...Alhamdulillah...aku lega...berita yang aku dengar dari TVAlhijrah mengenai genjatan senjata menenangkan perasaan...maknanya peperangan MUSIM INI tamat.
So,BOIKOT MUSIM INI pun tamat???
OH JANGAN!kerana aku tidak mempercayai israel laknatullah.Mereka bermula mengikut suka hati mereka dan mereka berhenti bila ramai yang dah tak bernyawa.Mungkin bagi mereka,ini untuk MUSIM INI sahaja.
Jadi aku tekad!aku ingin hilangkan semangat hangat-hangat tahi ayam atau semangat bermusim dulu!
Boikot harus tetap dijalankan walaupun peperangan terhenti.Tolak tepi semua kegemaran atau makanan kerana aku yakin kita boleh hidup tanpa semua tu.
Agenda mereka diwaktu hadapan tidak dapat kita tilik jadi kita harus lebih bersedia dari sekarang.

Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza,jadi ikutlah kemampuan maximum kamu dan bukan yang minimum.Nak seribu daya taknak seribu dalih.Bertindaklah,lakukanlah dan jangan kita asyik memilih iman yang paling lemah yakni berdiam diri. Ini adalah berkaitan soal hidup dan mati saudara-saudara kita,jadi buatlah pilihan yang bijak dan tepat untuk kita pilih berada di pihak mana.

Dan jangan lupa yang paling penting,semua ini bakal ditanya diakhirat nanti.
Tanggunjawab kita sebagai saudara islam kita.Apa tindakan kita?usaha kita?bantuan kita?

Jadi,kepada diriku sendiri terutamanya dan semua kawan-kawanku yang cantik,hensem,manis yang sedang membaca ni...ayuh sama-sama kita hijrah ya!sama-sama kita berjihad walaupun kecil jihad kita ni.
Sama-sama kita cakna dan bertindak kerana tanggungjawab kita atas nama kita sebagai saudara islam yang punya iman dan sebagai makhlukNya yang punya hati dan perasaan.

Sama-sama kita beringat,yang menilai kita adalah Allah SWT.
Semoga kita terus istiqamah.Amin.




P/s:"ingatkan aku dengan tulisanku bila aku lupa akan tanggungjawabku".
      _PRAY FOR ISLAM & GAZA_









Maal Hijrah 1434 & G A Z A

Tahun baru telah tiba,
disini Hijrah 1434 disambut gembira,
namun Gaza nun disana duka nestapa,
menangis melihat palestina menderita.

Lelah unggas pulang petang,
mencari tempat berlindung diri,
kekejaman mengganas ketenangan hilang,
Hanya munajat pelindung diri.

Kita menangis kerana terasa,
kita marah kerana benci dan tidak suka,
namun apakah tindakan kita,
yang mungkin bisa kurangkan beban mereka?

Kita terdiam seribu bahasa,
melihat tangisan tanpa henti,
akidah dan iman buat mereka perkasa,
tahu penghujungnya syurga menanti.

Kerana kita bukan mereka,
kita sentiasa pekak kan telinga,
sedang mereka adalah saudara,
di akhirat tanggungjawab kita pasti ditanya.

Kita tidak mampu memegang senjata,
apatah lagi berada ditempat mereka,
namun kita jangan buat-buat buta,
kerana dengan doa insyaAllah membantu mereka.


Salam maal hijrah,semoga kehidupan kita berhijrah kearah yang lebih baik dan begitu juga diri kita.
mulakan dengan satu langkah,semoga pengakhiran kita mendapat tempat disisi Allah SWT.
Namun,dalam kita mensyukuri nikmat ketenangan dan keamanan yang sedang kita rasai kini...selitkanlah walau hanya dengan secebis doa buat saudara-saudara kita di Gaza yang sedang menderita mungkin kerana terluka dan menahan kesakitan,dibasahi darah,berlari ketakutan demi melindungi dri dan mungkin kehilangan yang tersayang atau yang lebih teruk lagi,keadaan yang kita tidak pernah bayangkan...semoga Allah melindungi mereka.
Kita disini,walau dengan usaha sekecil apa pun yakinlah Allah Maha Mendengar,Allah Maha Mengetahui...lakukanlah sesuatu walau dengan selemah-lemah tenaga iaitu berdoa.Wallahualam.








 



~adikku dan tudung~

Assalamualaikum,

Beberapa hari saja lagi,cuti sekolah hujung tahun menjelang tiba.
Hoh!kalau dulu time menjadi budak sekolah a.k.a budak hingusan,bukan main suka dan excited lagi dengar cuti sekolah hujung tahun..almaklumlah cuti panjang,plan nak bercuti sana-sini dah terlekat kat kepala dan kalender otak sebulan sebelum cuti.Lama tu~
Tapi sekarang ni bila dah matang sikit atau dah tua sikit (dah tak sekolahlah maknanya)..dengar cuti sekolah tu dah macam tak ada apa-apa...cuma satu saja yang best,lalalala~...jalan tak jemm!tak perlu nak stress datang kerja lambat (ditujukan kepada orang-orang key ell macam saya ni la terutamanya yep).Uit,terkecuali kepada meraka yang menjadi ibu dan bapa kepada anak yang bersekolah.


gergh!mukaddimah tiada kena mengena langsung dengan tajuk.
Relax-relax,pembuka bicara sahaja tu,scroll lagi dan baca dulu~


alkisah adik perempuan saya yang memang banyak cakapnya dan fikirnya.
Disuatu hari,disebabkan berita yang didengarnya dari sekolah dia sibuk cakap dengan saya dan mak,bunyinya lebih kurang seperti dialog dibawah,

"mak,mak...nanti darjah 2 mak kena belikan tudung,cikgu Z suruh pakai tudung tak boleh ada rambut panjang."

"takpe la,ica kan kecik lagi...tak pakai tudung pun takpe."saya mencelah.

"tak boleh lah kak,cikgu kata murid perempuan kalau siapa-siapa yang rambut panjang & tak pakai tudung cikgu akan bakar rambut".

Hambek kau!terus bakar rambut.
Aduyai,agaknya cikgu sampaikan lain kat sekolah,lain pulak yang dia sampaikan kat rumah,ambik yang climax terus...BAKAR RAMBUT..hahaha..budak-budak~

"takpe...ica kecik lagi,nanti dah besar ica pakai la."saya ulangi sekali lagi.

"tak boleh la kak!cikgu Z kata nanti cikgu nak bakar rambut kalau tak pakai tudung..kena pakai jugak,ica nak pakai"-dengan takut akan cikgu Z a.k.a cikgu disiplin yang sangat terkenal dengan garangnya,ica tak peduli kata-kata saya satu-satunya kakak dia.huu~Betul-betul punya takut.

last,saya explain lah pasal aurat rambut kat ica.

ok.TAMAT_


Apa yang saya nampak kat sini,budak yang belum baligh,belum faham sangat tentang hukum hakam sudah takut dengan hukuman.
Tapi,kita yang sudah matang yang dah tahu pahala dosa,hukum hakam yang basic macam tutup rambut (aurat) ni masih tidak takut dengan hukumanNya.
itulah bezanya orang yang kurang dosanya dan banyak dosanya.W'alam.
Ya!memang kita banyak dosa selagi aurat kita didedahkan..hitunglah dosa tu kalau kita mampu.(seriously,mampu hitung depan neraca Allah sahaja nanti)

"At least saya sembahyang".
boleh topup dengan sembahyang??betul ke?
hamboi~mudahlah kalau semua boleh topup kan tapi maaf,kita dah diberi terlalu banyak nikmat sehingga kita terlupa bagaimana nak berterima kasih.Malukan dengan Allah?
Sembahyang wajib,tutup aurat pun wajib,fair & square kanlah...so, no topup-topup yep...^^
Ilmu agama dan amalan kita yang harus di topup. (=

"belum ada..Hidayah...seru.."
Belum sampai hidayah?
memang selalu sangat dengar,tapi kenapa kita tidak boleh pandang bahawa tutup aurat ni wajib.
Cubalah,jangan selalu jadikan hidayah sebagai alasan untuk kita mengelak mengikuti peraturanNya.
Kalau dulu kat sekolah peraturan wajib bertudung kita boleh ikut kenapa tidak dibumi Allah?
Paksa diri dulu tak mengapa,asalkan kita tutup dulu.InsyaAllah akan membawa ikhlas pada akhirnya.
Nak tahu paksa macam mana...cubalah pakai tudung selalu,pergi kenduri ke,pergi majlis ilmu ke,keluar dengan kawan ke,pergi surau ke...insyaAllah akan terdetik rasa malu dalam hati bila aurat didedahkan kembali.
Kita kalau bersungguh taknak,memang takkan ada usaha kita..tapi kalau bersungguh nak,kita akan berusaha.samalah NAK SERIBU DAYA,TAKNAK SERIBU DALIH.(aja-aja hwaiting!!!)

Alhamdulillah,makin lama nampak ramai kenalan yang dah bertudung.
berbagai-bagai fesyennya,macam-macam ada!
Saya pernah dengar bila ada orang yang tidak bertudung atau yang dah memang bertudung bercakap tentang gaya fesyen tudung trend sekarang.(ala,yang tutup rambut sahaja dan agak terdedah sedikit lehernya tu).

"elleh,pakai tudung pun macam tu,LEBIH BAIK tak payah pakai."
Ok,sekarang tunjukkan mana yang lebih baiknya itu?...sedarlah,jangan kita bangga dengan dosa yang kita lakukan.Sekurang-kurangnya dia mencuba daripada tak buat apa-apa..Ops!jangan kata saya menyokong...tidak..saya tidak menyokong dan saya tidak mengikuti trend itu..tapi kalau nak cakap jugak pasal LEBIH BAIK...ok,pakai tudung yang sepatutnya yang mengikut syarak.Saya yakin semua tahu yang bagaimana,bukan?


Jadi,jom sama-sama kita tudungkan kepala dan rambut kita!
^^

tidak menghayati apa yang saya sampaikan diatas tidak mangapa,namun sangat berharap jika dapat memberi sedikit penghayatan untuk keratan kisah dibawah pula,


Sabda nabi saw:

"pada malam aku di isra'kan ke langit,aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis"...


.."aku melihat wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih"...

Fatimah ra. bertanya maksud keadaan itu maka sabda baginda saw lagi-

"adapun tentang:
   Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbabkan/ditudungkan) dikalangan lelaki."  









gambar-gambar ica sebelum sekolah.


P/s:peringatan buat diri sendiri terutamanya agar sentiasa menjaga aurat diri.W'alam.

Aku belajar sebab......?

Assalamualaikum,

Agak lama blog ini ditinggalkan tanpa sebarang 'perkataan' yg tercalit untuk dijadikan entry,kesal dengan diri sendiri yang malas dan tidak istiqamah terhadap apa yang diniatkan pada mula-mula terciptanya blog ni.
Takpe!masih belum terlambat,naikkan azam tingkatkan usaha!
-bila kesedaran datang menerpa,kata-kata semangat pun terluah dari dalam hati dan membuatkan mataku tercelik dan jari jemariku pun bergerak tangkas.(konon-kononnya la kan,kalau lah semudah ini.)
dan, Dengan izinNya...ter posting lah entry ni.

semalam sambil mengait baby hat for my boyfriend, Adam Mohd Saifuddeen (unofficial nephew)...saya mendengar ceramah audio Mp3 melalui telefon tangan saya yg tidak berapa nak canggih tu kan...
sambil tangan mengait sambil itu lah telinga menadah santapan rohani, sekurang-kurangnya tidaklah mengantuk..Ok! tamat mukaddimah.


Ustaz tanya, apa niat kamu semua nak belajar?

Sebab nak pandai ustaz.
Sebab nak berjaya ustaz.
Sebab mak suruh ustaz.
Sebab nak kerja yang elok-elok bila besar nanti ustaz.
Sebab nak dapatkan gaji yang besar ustaz.
Sebab...bla..bla..bla...

Macam-macam lagilah jawapan yang dibalas oleh anak murid ustaz.

Pasti ada diantara kamu semua yang tanya pada diri sendiri..."apa pulak sebab aku ya?" atau mungkin dah ada jawapan " sebab...bla bla bla..."
Ok,apa pun jawapan anda semua saya tak tahu tapi saya tak nak kata "aiman tak kisah" kerana saya kisah dan kerana itulah entry ini ditulis.Supaya kita sama-sama sedar dan tidak terlambat untuk tersedar macam saya ni hah tapi bagi yang lebih awal dah sedar alhamdulillah,tahniah.

Persoalan diatas bunyi seperti mudah kan untuk dijawab?Saya tidak kata jawapan di atas salah tetapi dengan lebih baiknya jika jawapan itu lebih tepat baru osem kan..
dan jawapannya adalah ingin mencapai TAKWA ALLAH.

Kenapa?sebab tiada apa yang dapat membezakan kedudukan manusia disisi Allah kecuali dengan keimanan dan ketaqwaannya.

Jadi,kalau macam tu kita kena belajar dalam bidang agama sahaja ke?

Bukan macam tu,tidak kisah la apa pun yang kita ingin pelajari...dalam bidang kedoktoran ke,engineering ke,accounting ke dan apa sahajalah selagi dalam landasan yang benar insyaAllah kita boleh pelajari tetapi letakkanlah niat kita ingin mencapai takwa Allah dihadapan bidang yang kita ceburi itu dan insyaAllah kita tidak akan terjatuh dari landasan.

Kata sesetengah orang alim,

Takwa itu seperti batu permata yang jatuh kedasar lautan yang dalam di mana lautan itu mempunyai ombak yang besar dan tinggi dan di dalamnya terdapat makhluk-makhluk yang mengganas.

Wah!kalau ikut logik akal,bagaimana kita nak mencari batu permata yang kecil di lautan yang terbentang luas dan bahaya kan. InsyaAllah,tidak mustahil jika kita mempunyai ilmu dan 'jalan'nya bukan.

Ringkas gambaran taqwa tetapi bukan mudah dan tidak ringkas untuk memperolehinya.
Perlu ada ilmu,jadi disinilah fungsi ilmu untuk mencari Taqwa Allah.

Tapi bagaimana nak kaitkan medical/engineering/accounting/statistic/agriculture...etc. dengan ketaqwaan?

Jika kita letakkan niat kita awal-awal kerana menuju jalanNya,pasti kita dapat related kan pembelajaran kita dengan kebesaranNya kerana bagaimana pun kecanggihan didunia ini berlaku bolak balik semua kembali padaNya,kerana semua ilmu didunia ini pinjaman dari Allah SWT....
contohnya,setiap organ kecil dalam badan kita mempunyai fungsi,manusia mencipta kapal terbang berilhamkan burung dan sebagainya.(maaf saya kurang ilmu untuk berikan contoh yang lain).
Disini,kita akan sedar dengan ilmu insyaAllah kita dapat melihat keaiban diri,kekurangan diri dan yang penting level iman dalam diri.
Jadi,insyaAllah dengan ilmu yang kita pelajari juga kita akan melihat segala kebesaranNya,melangkah mendekatiNya dan bertaqwa padaNya.
Semoga kita dapat refreshkan niat kenapa kita belajar dan berazam untuk mendapatkan kedudukan yang berbeza disisi Allah SWT.


Sudah biasa berlaku pada jiwa-jiwa yang kehausan ilmu dan tipis imannya macam saya ni untuk merasakan seperti ini...bila dengar ceramah barulah teringat,tersedar,terinsaf dan lain-lain 'ter' lagi la kan.Tapi tidak mengapa,dari kesedaran itulah kita melangkah dan bukan terasa sahaja tapi tidak melakukan apa-apa.

Apa yang saya kongsikan disini hanya sedikit sahaja dari ceramah yang saya dengarkan dan diolah secara ringkas dengan penyampaian tersendiri tetapi insyaAllah tidak lari dari isinya.
Secara ringkas,selain daripada ilmu jalan lain untuk mencapai taqwa adalah iman,akhlak dan istiqamah namun saya tidak huraikan disini.Maafkan diatas kekurangan dan kelemahan saya.Semoga penulisan ini dapat menjadi saham kita diakhirat.

Semoga kita semua sentiasa berjaya,bahagia & sejahtera dunia akhirat.Amin.








P/s:sy ingin kongsi link ceramah tapi tak dapat nak cari,insyaAllah saya akan pindahkan dr phone dan uploadkan diblog.kalau saya terlupa halalkan ya.

CANTIK aku adanya aku...

A: "B, masa kita mula-mula masuk kelas dulu, kenapa kau diam je?"
B: "Sebab aku malu nak tegur korang semua sebab korang nampak outstanding dalam kelas."
A: "Kenapa nak malu pulak?'
B: "Yelaa,sebab korang semua CANTIK. Aku rasa rendah diri nak tegur dan dekatkan diri dengan korang."


Pernah tidak awak semua berada dalam situasi diatas?(jawab dalam hati ok) ^^ smile!


Sebelum itu saya nak bertanya dahulu , apa itu cantik? Saya yakin setiap individu mempunyai falsafah,pandangan atau pendapat tersendiri tentang definisi "CANTIK".
Saya nak bertanya lagi siapa yang TIDAK SUKA cantik?(Ting tong otak dan keluarkan jawapan sendiri) ^^ smile!


Pada pandangan saya, cantik itu sinonim terhadap segala bentuk tanda dan perkara yang di pandang baik melalui pandangan hati ataupun pandangan mata.Tipulah kalau ada yang katakan dia tidak suka akan kecantikan kerana kita dilahirkan dengan membawa fitrah kecantikan.


Berbalik pada dialog di atas.Saya hanya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri di mana saya pernah menjadi B sebelum saya menjadi A.
Saya pernah berasa rendah diri kerana saya merasakan diri saya tidak cantik dan malu untuk memulakan perkenalan diantara rakan-rakan sekolah.
Saya pernah terasa terhina kerana pandangan mereka yang lain terhadap diri saya.
Saya juga pernah mempersoalkan bentuk kecantikan yang ada dalam diri saya.
Saya juga pernah membezakan kecantikan diri saya dengan orang lain.
Ya,saya pernah fikirkan semua itu dahulu.


          "Mereka yang cantik hanya ingin berkawan dengan mereka yang cantik sahaja." 


Mentaliti ini juga pernah menyinggah di kotak fikiran saya ketika di sekolah dulu.
Namun, setelah akal mencapai tahap kematangan saya mula berfikir...


kenapa aku harus berfikiran seperti itu?
Apa betul aku tak cantik?


Saya mula menyoal diri dan mencari jawapan.Saya mula memotivasikan diri sendiri dengan menimbulkan persoalan "dari mana datangnya CANTIK"?




Ok.Stop sebentar dengan persoalan ini.


Saya ingin berkongsi short story sebagai iklan komersial.



Dulu, saya pernah diejek kerana tahi lalat yang berada di atas wajah saya namun saya cuba memetah dengan mengatakan "jika awak ejek saya maka awak ejek ciptaan Allah"...bunyi agak sensitive bila menjawab ejekan kawan  itu namun bagi saya hanya satu saya ingin mengingatkannya bahawa apa yang dilakukan itu salah.


Ya,statement ini jawapan saya...dari mana datangnya cantik? 
Datangnya dari Pencipta Manusia,Allah SWT.



Jadi,layakkah kita mempersoalkan setiap apa yang tercipta buat diri kita?


Kenapa bentuk muka saya macam ni?
Kenapa bentuk hidung saya macam ni?
Kenapa bentuk mata saya macam ni?
Kenapa saya ada tahi lalat di sini?



Jika persoalan itu ada di fikiran kita maka kita seolah-olah mempertikaikan kebesaran Allah SWT.
Nauzubillahi min zalik.
Kita juga boleh jadi kufur nikmat kerana apa yang diciptakan untuk kita adalah nikmat dan anugerah yang terbaik dariNya Yang Maha mengetahui tentang rahsia yang tidak kita ketahui.Jadi mulai saat pengalaman yang memberi pengajaran,saya mula buang segala ketidakmatangan fikiran yang lama bersarang tentang isu cantik itu.Saya mula memandang cantik itu dari semua sudut dan bukan pada luaran sahaja.


Tambah lagi, pernah tidak kita terdengar...
ala dia tu harap muka je cantik tapi hati busuk...(kalau melihat seseorang yang cantik dan mengetahui atitude buruknya)
awek tu memang cantik,tertarik dan memang de bomb!tapi setakat nak jadikan awek bolehla tapi nak jadikan isteri...wowo...no way man! (bila nampak perempuan cantik yang seksi).
dah lah tak cantik,hati pun tak cantik.huh!(kalau melihat seseorang yang kurang cantik dimata kita dan mengetahui atitude buruknya)
Oleh itu, disini kita boleh lihat bahawa kecantikan yang kita pandang adalah sebenarnya fitrah kecantikan yang Allah anugerahkan iaitu kebaikan dari dalaman dan bukan hanya luaran.


Sabda Rasulullah saw:“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”Riwayat Al-Bukhari


Jadi, daripada kita merisaukan rupa fizikal kita lebih baik kita perbaiki nilai rohani atau dalaman kita.
Kerana kecantikan yang sebenar itu adalah yang BAIK dalamannya maka akan terpancarlah sinar kecantikan diluarannya.Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita tidak perlu malu atau rendah diri terhadap ukuran kecantikan luaran kita kerana Allah itu Maha Adil. Diciptakan kita dengan KebijaksanaanNya. Letaknya mata,mulut,hidung dan anggota yang lainnya adalah mengikut kesesuaian yang terbaik.Dan, anggota yang utama adalah hati kita dimana lahirnya kita membawa hati suci yang Cantik tanpa sebarang noda. Maka jagalah hati kita sebaiknya dan jauhilah diri kita dari mengubah ciptaanNya yang telah sempurna.


Positivekanlah diri kita dengan sentiasa memuji setiap ciptaanNya terhadap diri kita.Yakinlah, Allah lebih cintakan kecantikan berbanding kita jadi sudah pasti setiap makhluknya diciptakan dengan kecantikan yang tersendiri.Pandanglah setiap sudut dan carilah kecantikan yang tersembunyi dan bina kecantikan itu daripada hati. InsyaAllah, jadilah kita insan yang cantik di pandangan Allah SWT kerana ia membawa kita cantik dimata manusia.


Wallahualam.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

"Segala puji bagi Allah,elokkanlah kiranya kelakuanku sebagaimana Engkau telah mengelokkan rupa kejadianku".

"Ya Allah,bersihkanlah hatiku daripada niffaq dan peliharalah kemaluanku dari melakukan pekerjaan yang keji".

"Ya Allah,kayakanlah aku dengan ilmu,hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut,muliakanlah aku dengan taqwa dan cantikkanlah aku dengan kesihatan".


Amin Ya Rabbi.








Puisi dibawah ku dedikasikan buat semua wanita-wanita yang cantik jiwanya,
muslimah penyeri keluarga dan bidadari syurga.




Cintaku Al Mubdi,Yang Maha Pencipta dari Asal...
Alhamdulillah...


Aku cantik adanya aku,
hatiku cantik bila dihiasi dengan akhlak murni,
maruahku cantik bila maruah dikunci rapi,
diriku cantik bila solehah menjadi cita-cita diri,


Aku cantik adanya aku,
mataku cantik bila pandangan tertutup dari melihat maksiat,
hidungku cantik bila tidak menghidu yang haram,
mulutku cantik bila tiada tutur mengumpat,
Rambutku cantik bila kemas dibaluti hijab,
Tanganku cantik bila menadah memohon munajat,
Kakiku cantik bila melangkah dan melakukan ibadah,


Aku cantik adanya aku,
kerana setiap ciptaan yang tercipta atas kejadianku adalah yang tercantik buatku kerana yang menciptakannya adalah Pemilik segala kecantikan.
SubhanAllah.






^^smile!

Maafkanku Ya Allah...

"Salam,kamu beritahu saya ya jika kamu dah jumpa pilihan kamu...w'salam."


message ini aku terima daripada seseorang yang aku ketahui perasaan dan niat murninya terhadapku,
dengan berfikir sejenak, aku membalas message itu,


"salam,awak...maaf...sy memang dah jumpa pilihan saya..."


di saat ini,aku benar-benar rasa bersalah terhadap dia,aku yang memberi harapan dan setelah itu aku juga yang menghancurkannya...


namun aku tekad,walau benci yang dilemparkan kepadaku sekalipun aku tekad...
aku sedar kesilapan itu adalah daripada kecuaian dan kealpaanku yang sentiasa singgah didalam hati yang lemah ini...
aku manusia yang punya hati dan fitrah...suka akan kebaikan,ingin disukai dan menyukai...
dan kerana kelemahan hati ini,aku tersungkur...


Alhamdulillah,kerana kehendakNya aku tersedar kembali dari lamunan singkat itu...walau redha Allah yang cuba aku capai namun jalannya salah...
Alhamdulillah,Allah tidak mencampakkan "perasaan" yang tidak halal itu dalam hatiku,Dia hanya mencampakkan rasa kagum terhadap cita-cita dan matlamat masa hadapan insan itu yang berlandaskan syariah dan ingin mencapai redhaNya...aku yakin itu!


Alhamdulillah,aku terlalu bersyukur kerana Allah tidak mengambil masa yang lama untuk menegur kealpaanku...mungkin Allah menghadirkan insan itu hanya untuk menguji Cintaku terhadapNya dan mungkin aku juga menjadi ujian untuk diri insan itu...


Alhamdulillah,prinsip yang aku cuba pertahankan selama aku telah mengenal erti cinta sebenar tidak gugur dalam hati ini...Allhamdulillah,terima kasih Ya Allah...


Terima kasih CINTA ku yang telah memberikan hidayah yang besar ini...
Alhamdulillah Ya Rabbi..

dedikasi buat seseorang,

Setelah ampun yang ku mohon dariNya,
ku minta kemaafanmu juga...


Wahai Adam,
ketahuilah...aku terpaksa menipu untuk membuatkan dirimu jauh dariku,
ketahuilah...aku tidak mampu menyingkirkanmu secara lembut kerana ianya membuatkanku sentiasa diselubungi rasa bersalah,
jadi ku ambil langkah ini untuk membuatkan kau berhenti berharap terhadapku,
dan hanya berharap kepadaNya...
kerana Dia yang melunaskan segala harapan hamba-hambaNya..
walau kita cuba membina jalan untuk mencapai redhaNya namun aku tetap tidak yakin dalam urusan kita...
perasaan takut dan risauku melebihi perasaan kesukaanku terhadap cita-citamu..
aku yakin itu adalah "signal" yang Allah berikan kepadaku...
aku bukan cuba menghukum atau menganiaya dirimu atau cuba mencambah benih kebencian dalam hatimu namun aku ingin menjaga hati kita dan terutama hatiku yang lemah...
aku akur kerana kesalahan dan kelemahan diri ini yang memberi harapan,
maaf diatas keterlanjuran kata-kataku itu...
ketahuilah...aku ingin pelihara Cintaku terhadapNya,
dan aku ingin menjaga prinsipku buat seseorang Adam yang tidak pernah aku kenali namun aku yakin kewujudannya yang bakal menjadi...
Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasulullah... 
meletakkan perasaan suka didalam hati seseorang itu bukan urusanku tetapi urusanNya,
apatah lagi meletakkan perasaan selain dari itu...maafkanku...
Terima kasih di atas niat murnimu,aku menghargainya memang itu yang aku impikan dari seseorang Adam...mengenaliku dengan niat untuk menjadikanku yang halal buat dirinya...
Namun,tetap ku katakan cara dan masa kita salah...
aku tidak hebat dalam memberikan keterangan tentang ini namun aku yakin aku tidak mampu memegang sebuah janji yang aku sendiri tidak pasti bagaimana yang Allah aturkan buatku esok hari...
aku terlalu yakin Allah telah menyediakan jalan untuk aku mengenali Adam yang bakal menjadi imamku dengan cara yang sebenarnya...begitu juga yang Allah rancangkan buatmu dan bakal zaujahmu,
Segalanya kuserahkan kepada Allah SWT dan usahaku adalah doa dan benih-benih CintaNya yang sedang ku semaikan dalam diriku ini...
jika Allah mengatakan Adam itu adalah kamu,maka gembiralah kita ketika diijabkabulkan nanti kerana "perasaan" itu tidak ternoda disebabkan dosa semalam...dan,
jika Allah mengatakan Adam itu adalah selain darimu...maka kita sama-sama akan bersyukur kerana kita tidak salah "orang" untuk menyerahkan "perasaan suci " itu...
jika kau bertanyakan apakah salahmu?
carilah mereka yang lebih memahami,kerana aku tidak layak mengatur kata...
jika kau bertanyakan apakah salahku?
akan  kujawab...keterlanjuran kata-kataku dengan memberi harapan kepadamu...
yang baik itu dariNya dan yang tidak baik itu kerana kelemahan diriku sendiri...
maafkanku...
semoga Allah memberikan petunjukNya yang lurus kepada kita semua...
semoga Allah memberikan kebahagiaan,kesejahteraan dan kejayaan dunia & akhirat kepada kita semua...insyaAllah.




“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid”(maksud hadis riwayat Hakim, Ibn Asakir, ad Dailami dan lain-lain)
Dalam riwayat lain pula bermaksud:
“Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid”
wallahualam.




zahrah (bunga) cinta

video
video
video

CintaNya,

tidak akan pernah hilang...

walau dirimu terapung di antara langit dan bumi,

walau dirimu tersorok di lubang gua yang tersembunyi,

walau dirimu kehausan di tengah padang pasir yang gersang,

walau dirimu lemas di sedalam-dalam lautan...

kerana CintaNya tidak akan pernah berhenti bertiup disetiap inci pelosok dunia...

dan akan menyinggah di setiap ruang yang bernama jiwa...

kerana kita ciptaanNya yang paling istimewa...

keras hati





daripada Ibn Umar r.a...Rasulullah s.a.w bersabda,

"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah SWT itu adalah menyebabkan hati seseorang itu menjadi keras.Dan sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu adalah mereka yang berhati keras".

Hadis riwayat Imam AT Tarmizi.



aku jatuh lagi...

Tika aku resah tiada yang dapat menenangkan,
Tika aku hiba tiada yang dapat menghiburkan,
Tika aku lemah tiada yang dapat membangkitkan,
kecuali Dia...Pemilik segala perasaan dan Pemilik segala Kekuasaan...
Allah SWT...


Maha suci bagi Allah Tuhan semesta alam,Alhamdulillah...

semalam,dari lamunan aku tersedar...hari ini,aku terjaga kerana "siren" dariNya..
syukur ya Allah...kerana terlalu menyayangi diri ini...
terlalu lama aku leka dek kerana hiburan dunia tanpa aku menyedari banyak masa yang aku buang kerana hal yang sia-sia...apa patut aku menyesali?atau meratapi pemergian masa yang patut aku hargai?
Tidak!kerana ianya sama sekali tidak dapat memutarkan kembali yang telah berlalu pergi...yang patut aku lakukan adalah kembali dengan bersujud taubat padaNya...aku pasti itu yang terbaik bagi jalan seorang hamba yang lupa akan tugasnya sebagai khalifah dimuka bumi...
cepatnya masa berlalu,pejam celik kini usia kita menginjak lagi...mungkin kadangkala kita rasakan diri kita masih muda tapi pernah tidak kita fikir hakikatnya bumi ini semakin tua...semakin tua sehingga tidak larat menanggung kerakusan manusia yang bermaharajalela dengan bermahotakan dosa...
pernah sehari,seminit atau sedetik kita terfikir?
antara 1 ke 10...dimana letaknya amal atau bekalan kita?
apa sudah mencukupi atau tiada langsung?
masyaAllah,dimana letaknya amalku...dimana???
jangan kita merasa cukup dengan amal yang kita lakukan sedangkan yang lebih alim dari kita tidak pernah berhenti melakukan ibadah kepadaNya..kerana mereka sedar mereka tidak tahu amalan mereka diterima ataupun tidak...kerana kita manusia tidak pernah lari dari dosa,jadi apa yang patut kita lakukan adalah cuba terus mencuba dan berusaha terus berusaha mencapai redhaNya...
jangan kita kata tiada langsung kerana kita telah dikhabarkan tentang pedihnya azab neraka...adakah kita ini cuba mengingkari Dia yang Maha Kuasa dengan melakukan sesuatu yang dilarangNya?sedang kita tahu tiada sesuatu yang lebih pedih dan sakit dari azabNya...
sedarilah wahai diriku dan jiwa-jiwa saudaraku,kita di dunia ini hanya sementara dan amal yang cuba kita cari itu adalah buat bekalan kita di akhirat sana...yang lebih lama perjalanannya dari hidup kita didunia ini...
apa yang kita kecapi di sini adalah sementara namun apa yang kita hadapi disana adalah untuk selamanya...
jangan takut untuk bangun setelah kita jatuh,kerana Dia akan memapah kita kembali dan Dia tidak akan membiarkan kita sendiri...yakinlah wahai jiwa.Allah SWT itu sentiasa bersama kita...
kembalilah padaNya...kembalilah walau permulaan langkah kita dengan merangkak...
kerana Allah SWT tidak melihat bagaiman kita bermula tapi bagaimana pengakhiran kita...

aku jatuh lagi namun Dia membangunkanku kembali...

wallau'alam.